Thursday, December 8, 2011

Menghitung hari...





Okayh,
Assalamualaikum suma,,

Inhale exhale , inhale exhale,  dah Disember 2011. Hampir setahun aku lalui 2011. 1 Muharram 1433 hijrah dah aku lalui. 1 Januari 2012 masihi je yang belum.

Nak kata tak sabar , tak jugak.  Nak kata taknak pun tak ugak. Azam tahun baru tahun lepas pun belum nampak bayangnya. Terpaksa la anjakkan untuk azam tahun 2012. :D . Bila disebutkan tahun 2012, aku terbayang filem 2012. Bukan filem tahun depan, filem yang bertajuk tahun depan , 2012. The end of the world.

Tapi betul ke? Whatever~

Apa yang aku dah buat tahun ni? Yeah, menjalankan rutin harian. Takde sesuatu yang hebat dan bersejarah pun yang aku lakukan tahun ni. Macam berlayar mengelilingi dunia atau menjadi pemain bola termahal dunia. Belum sampai masa untuk aku berbuat demikian. Ya, aku hanya insan biasa.

Mengelilingi Dunia ! 

Apa peningkatan aku tahun ni? Selera makan? Ketinggian? Haha! Yang penting aku dah tingkatkan prestasi , kurangkan kontroversi. Aku juga dah tingkatkan IQ aku. Ya, I'm still learning from seorang insan bergelar guru.

Aku di kiri atau di kanan ??


Perubahan persekitaran untuk tahun ni , aku rasa tiada. Coz aku masih tinggal di rumah yang sama , bukan hobi aku nak pindah2 umah ni. So aku masih kelilingi orang2 kampung yang prihatin dan muhibbah antara satu sama lain. ( Ayat exam ). :D

Tenang dik , tenang ..


So, aku harap 2012 akan lebih bermakna dan pastinya lebih mencabar buat aku. Aku tak mahu tapi aku hanya mampu merancang , Allah yang menentukan. AstaghfirullahalAzim...


No comments:

Post a Comment