Friday, June 28, 2013

Hiperbola

'Hari bertemu pelanggan' sepatutnya ditukar kepada 'Hari mendedahkan sikap pelajar di sekolah kepada ibu bapa' . Ah , bengang sungguh aku tadi di malukan sebegitu rupa . Tentu Mama pun rasa yang sama . Aku takde niat pun nak kena servis dalam keadaan macam tu . Macamana lah kalau Abah ada sekali tadi . Tentu telinga aku ni dah dimamah bebelen mereka berdua .

Firstly , how in earth that Cikgu Norzilah boleh ada sekali tadi dengan Cikgu Junaidah masa Mama datang , dah tentu lah double-mouth complaining menambahburukkan lagi keadaan tadi . Tak adil . Rasional nya mungkin untuk menjimatkan masa , dan mungkin berkesan ; kelas lain penuh , kelas aku kosong takde orang . Tapi kalau nak jalankan sistem sebegitu , kena lah dari mula , dari mula bukak pagar sekolah . Dan sepatutnya setiap kelas , ada dua guru yang menyambut ibu bapa . 

Then , as predicted , mereka suruh aku besarkan tulisan . Halus sangat katanya . Sampaikan pakai cermin mata pun tak nampak . Terlalu kecil . Nak jugak aku menafikan apa yang mereka cakap , sebab takkan lah tak nampak ? Mungkin faktor usia mempengaruhi jugak , tapi kalau sampai ke tahap tak nampak tu , rasa macam tak munasabah .

kecik sangat ke ?

Even worst , and as predicted aswell , mereka complain tentang 'kepetahan aku dalam berkata kata di dalam kelas' . Ah , aku mengaku aku memang kuat bersembang . Aku bersembang pun bukan perkara nonsense . Aku tahu apa yang aku cakap kan , apa yang aku bualkan . Ish cikgu cikgu ni .

Jadi itu saja lah masalah aku yang diperbesar besar kan pagi tadi . Benda yang lepas , biar lepas . Ni yang nak suruh Abah sign slip keputusan aku ni ha lagi satu masalah . Aku dah penat lah tiru je sign Abah . Takkan nak buat dosa je kan .

Thursday, June 20, 2013

How to be a novelist ?

Memandangkan dah dua orang request aku suruh buat novel , terdetik lah jugak hati aku nak ambil tahu bidang kreatif ni . Not a bad idea actually , isn't it ? Menulis panjang lebar , di baca orang kebanyakan , di hayati , di gemari , di kenali , wow jauhnya aku berangan .

Maka aku gunakan lah enjin carian yang aku bergantung harap , si Google sorang tu , aku cari lah , apa yang kena mengena dengan bidang pernovelan , ideologi , pemikiran , cara kerja , kehidupan , kerja keras seorang novelis professional .

Mula mula kena ada nama yang menarik sebagai nama komersial . Kalau rasa nama sendiri tu tak cukup menarik perhatian , boleh reka sendiri , for me , if I was working in this novelling career , i will remain my name . Hoho berangan . Tapi seriously nama sendiri dah cukup unik .

Then , kena buat draf , watak baik dan jahat , watak antagonis dan protagonis , dan macam macam lagi lah yang sejujurnya membuatkan aku pening . Belum tatabahasa , susunan ayat dan some other things yang buat aku bertambah pening .

Tapi kalau seseorang betul betul kerja keras nak martabatkan dunia pernovelan ni , dia wujudkan satu yang lain daripada yang lain , confirm dia dapat highlight among the others. Memang kalau dah dikenali dan karya novel tu sendiri menarik , memang untung lumayan lah .

Macam ada seorang novelis yang popular tahun 90 an , Ahadiat Akashah , yang di agung agung kan makcik aku seorang tuh , novel beliau best best belaka , katanya . Dah lah dikenali , novel nya popular , siap di adaptasi kan novel nya jadi sebuah filem , Lagenda Budak Setan . How I wish i could be like him .

Lastly , kalau dah rasa ready nak berkecimpung secara rasmi , boleh hantar manuskrip novel ke penerbit buku like Buku Prima , Alaf 21 and some others .

So the question is , adakah aku yang malas ni nak buat novel ? Err that's hard .



Inspirasi

Aku sering menjadikan seseorang itu sebagai inspirasi atau idola . Tapi aku tak sedar , yang idola aku tu pun seorang manusia , insan biasa , tak lari dari kesilapan . Sedangkan idola aku itu sendiri pun tidak tahu yang dirinya dijadikan sebagai inspirasi .

Tapi alangkah bahaya nya jika aku , yang serba serbi kekurangan ni dijadikan sebagai idola atau inspirasi hidup seseorang . Kemungkinan tu agak rendah sebenarnya , tapi mana lah tahu . Memandangkan dah ada dah yang cuba menggunakan teori Bahasa Melayu Tinggi yang aku baru luahkan dalam post sebelum ni .

Macamana kalau satu hari nanti , ketika aku dah jadi ketua satu organisasi kecil misalnya , aku buat silap , tentu nya kesilapan aku itu menjadi satu ikutan . Bertambah tambah lah dosa aku . Gusarnya hati bila dikenali dan dipercayai .Oh dunia ~

Titisan suci

Kalau dulu ketika aku kecil , aku terapkan dalam hati aku bahawa orang yang menangis adalah insan yang lemah...

Bila aku meningkat dewasa , aku baru sedar yang aku makin banyak menangis . Sekolah rendah , aku jarang menangis , ada pun ketika di umumkan result UPSR . Aku menangis . Menangis dalam kegembiraan selepas titik peluh aku belajar terbayar juga , menangis dalam kesedihan tidak dapat berkongsi result yang sama dengan rakan rakan lain yang kurang bernasib baik , menangis mengenang dan memikirkan wajah parents aku ketika mereka tahu keputusan aku . Ah

Bila aku jejak sekolah menengah , aku jarang sangat menangis , menangis di atas sejadah lagi lah jarang , kurang pendedahan , kesedaran aku berkurang , ego aku meninggi , aku kononnya jadi lebih kuat , gah , tapi lemah hakikatnya . Tahun lepas , 2012 , aku dah mula menangis , menangis mengenangkan hidup aku yang tak terurus ni , dengan amanah dari Abah yang begitu besar , aku rasa aku lemah sangat , aku menyimpang jauh dari landasan yang aku harapkan . 

Tahun ni , 2013 , aku baru sedar yang aku banyak kali menangis , tapi menangis di luar sedar , bukan kerana kesakitan fizikal , tapi kesakitan emosi , jiwa aku yang lemah ni , di tekan dengan masalah yang aku tak mampu nak tahan lagi . Menangis kerana cinta duniawi , cinta ukhrawi , dan cinta sia sia . Aku gembira aku  menangis , lega hati lepas menangis . 

Terdetik di hati aku nak taip post ni pun sebab baru je sebentar tadi aku baca satu artikel tentang para sahabat Rasulullah yang mudah menangis , menangis kerana takutkan Allah , menangis ketika membaca Al-Quran , menangis kerana kekayaan , menangis mengenangkan nasib selepas mati . Bayangkan sahabat seperti Umar bin Al-Khatab yang gagah perkasa dengan sifat kesatriaan nya menangis sejadi jadinya selepas membaca Surah Yusuf ayat 86 . 

Dan kerana itulah aku tidak malu mengaku yang aku selalu menangis , dan menangis .

Kalau dulu ketika aku kecil , aku terapkan dalam hati aku bahawa orang yang menangis adalah insan yang lemah... namun sekarang aku sedar , orang yang menangis adalah orang yang kuat , menangislah .






Martabatkan Bahasa

Mungkin agak janggal untuk aku menulis post di blog nih dengan Bahasa Melayu Tinggi dengan tatabahasa yang cemerlang . Tapi insiatif aku ni , dapat lah menambah baik kemahiran berbahasa melayu aku yang tak berapa nak baik ni , seperti yang selalu diperkatakan oleh Abah .

Aku tak lah terlalu obses untuk menulis sampai "tak" jadi "tidak" , "ni" jadi "ini" dan 'sinkop' yang lain yang aku tak ingat ( dan malas nak taip ) . Dan aku tak lah menggunakan bahasa melayu penuh dari muqadimah hingga ke habis post . Aku praktikkan Manglish , tetapi yang light light je lah . Kalau berat sangat , teruk jadinya nanti . 

Aku pun ingin juga meng-improve bahasa inggeris aku yang masih amateur ni . Bahasa inggeris pun nak kena perkukuhkan , kalau boleh sebenarnya , aku nak belajar bahasa cina , india dan bahasa bangsa bangsa yang lain yang duduk di negara multi-racial ni . Cuma , malas .

Sekurang-kurangnya dengan teori aku ni , aku tak sia siakan masa aku di blog ni , menaip tidak mengikut tatabahasa dan ejaan yang betul . Sounds funny , right ? Tapi ini lah cara yang aku ada untuk aku mengalihkan persepsi aku terhadap internet kepada sesuatu yang lebih berilmiah . Memandangkan ketagihan aku terhadap internet sukar di bendung , aku guna lah ketagihan tu untuk sesuatu yang lebih berfaedah . 

Penyampaian yang mudah di baca juga menjadi inisiatif aku ketika ni , walaupun pembaca blog aku ni , dua tiga kerat je , tapi kalau mudah di baca , blog aku mungkin di label 'loveable interface' . Yang bagi aku sukar nak dapat , serius . 

Dan yang pasti , aku tak akan , tak akan , tak akan , gunakan bahasa yang dirosakkan yang well-known as Bahasa Rempit atau yang sewaktu dengannya , seriously i really want to know the person who came up with this terrible idea , only if killing isn't a sin , i would have do that , muehehehehe , just kidding :p

Jika teori aku ni tak berkesan , aku redha . Yang penting , Hafiz dah berusaha , ya Abah .
 

Natural Disaster

"Jerebu"

Perkataan yang tak lekang dari mulut mulut orang Johor , Melaka dan Selangor dan tak lupa juga Singapura setahu aku . Aku yang berada di Parit Raja , Batu Pahat ni , menanggung kesan kebakaran hutan di Sumatera , Indonesia .Tanpa tanda atau amaran , benda alah ni datang dengan pantas , dan kian teruk .

Aku sebagai pelajar sekolah , terpaksa lah mengharungi hari hari di sekolah , menghirup udara merbahaya yang penuh dengan debu dan sisa pembakaran . Seriously at first , terdetik jugak kat hati aku , takkan lah pihak sekolah duduk diam je tak buat tindakan , ye lah , dah macam dekat Cameron dah Parit Raja ni , takkan lah nak duduk pastu rilek macam takde pape berlaku .

At last , GPK HEM announce cuti . Cuti berganti . Kejam . Tapi aku tetap bersyukur lah , tak payah lah aku nak bangun pagi meredah jerebu yang memualkan perut kecil aku ni di sekolah sambil belajar . Aku taknak korbankan kesihatan aku . Aku tau risiko jerebu , matapelajaran Geografi ada mengungkap hal hal jerebu ni , aku ingat dekat bandar bandar besar je ada jerebu , rupanya kampung aku ni , kampung yang dulunya sebuah hutan , di landa jerebu .

Tapi , pihak sekolah tak lah berdiam diri actually , diorang dah pun tegaskan pemakaian mask hidung dan mulut ( well aku tak tau apa istilah untuk mask tuh ) , cuma bebudak je ngengada taknak pakai , bajet hidung dah bagus je kan , sedut je semua debu debu kotor tuh , degil , and the sad part is , i am one of them . Degil tak bertempat sebenarnya .

Bawah ni gambar halaman rumah aku yang penuh dengan pokok pokok hijau yang dah diselubungi debu kotor . Tak nampak sangat lah kot 'kejerebuan'nya , maklumlah kamera handset , 2.0 megapixel je , murah la kot , pakai keypad , sekarang semua nak touch lah katakan , aku je yang ketinggalan . ( pokai actually )




Ketika di umumkan esok cuti , kerana jerebu yang makin teruk , semua meneriak kegembiraan , "Yes!" disusuli dengan "Woohoo , cuti !" , dan ada juga yang merungut kerana cuti ganti , namun aku terfikir , diorang tak risau ke yang jerebu nih Natural Disaster yang boleh membunuh ? Tak risau ke ? Atau pura pura tidak ambil tahu ? That's the question .


Sunday, June 9, 2013

kureng bijak

Pada tahun 2010 , aku ditawarkan untuk masuk ke Malay College Kuala Kangsar ( MCKK ) , yang pada mulanya pun , aku tak tahu apa yang aku pohon untuk tingkatan 1 . Sebab masa tu aku masih kurang bijak , dan masih mentah , di buai dengan nikmat dunia yang aku dapat daripada keluarga kembangan aku . Walaupun cikgu cikgu semua was really hoping that aku masuk ke sekolah tu , sekolah yang paling bagus kat Malaysia katanya lah,  tapi aku tak percaya semua tu , aku tetap dengan pendirian aku bahawa , belajar kat mana mana pun sama , yang penting usaha kita .

Tak dapat aku tolak yang mckk ni sekolah orang orang bangsawan , tapi itu dulu , sekarang dah di buka untuk orang orang kebanyakan , tapi istilah 'di buka' itu subjektif jugak . Yuran dia , mak ai , riban riban jugak lah , tu belum insentif tambahan , duit duit lain bagai , yang bagi aku membebankan mak bapak aku , yang tidak lah senang pada zahirnya . Tentu lah mak bapak aku banting tulang nak sekolahkan aku . Tapi diorang tak paksa dan tak larang . Dia pasrah dengan keputusan aku.

Masa tu jugak , tengah hot jugak lah kes kes buli pelajar di asrama , yang agak menyeramkan jugak lah , aku masa tuh masih kecik , mestilah takut , di buli memandangkan fizikal aku ni memang berkelayakan dan berciri mangsa buli. Aku jadi trauma pasal kes kes buli ni , dan itu jugak salah satu faktor kenapa aku tak melanjutkan pelajaran ke sekolah tu .

Bila aku belajar Sejarah di sekolah , banyak tokoh tokoh yang agak penting , mestilah penting an , dah masuk buku teks , kebanyakannya bekas pelajar mckk . Dan kekadang aku wondering if i study at that school right now , my life will totally different , no disaster , no problem with transportation , house , messy room , mom's lecture , annoying rewang at kenduri kahwin , and so on . Hidup aku pasti di penuhi dengan jadual waktu belajar dan yang pastinya , menambah lah ilmu aku yang tak seberapa ni .

Tak lama kemudian , bapak aku mula menyatakan konflik yang dia hadapi , kawan kawan dia cakap dia kureng bijak sebab tak bagi aku ke situ , sebab apa , sebab masa depan terjamin katanya , dah tak payah nak menyawit mengecat bagai dah bila anak dah keluar sekolah tu , duduk goyang kaki kat rumah je katanya , cukup bulan , anak antar duit . siapa anak tuh ? aku lah . hiperbola level: 100

Jadi rentetan kepada konflik tadi , bapak aku suruh aku janji sesuatu , janji yang besar , boleh dikatakan amanah , aku kena perjuangkan pelajaran aku ke tahap yang tertinggi , aku kena berusaha masuk balik sekolah tu , yang tinggal beberapa bulan je lagi , walaupun aku masih di sini menaip dengan penuh leka , padahal PMR bulan 10 . jadi aku kena buat proses pembersihan , pembersihan diri , pembersihan minda , hati dan environment aku . mampukah aku buat comeback ? mampukah aku mendapat minimum 8a ? wow , that's a though challenge , because , aku masih tercari cari rentak untuk skor , tak konsisten dan boleh dianggap teruk keputusan aku.

Sebenarnya perjalanan hidup 3 tahun , nak di compress jadi satu entry mestilah panjang berjela , walaupun banyak lagi faktor dan masalah aku yang belum aku taip , but just wait , i will come with some more , something more insprational untuk reader yang cuma sorang dua orang je , haha