Thursday, November 14, 2019

mama

bismillah


waktu ni zaman hujung tahun 2015 dulu. zaman habis sekolah, era sendu dulu dulu. waktu nilah yang terbiar berlalu dek kerana terlalu leka dengan sayonara duniawi dan selesa dengan keadaan diri. waktu nilah yang nak rileks katanya walaupun sampai sekarang rileks tak habis lagi.

cuma nak kata, waktu ni lah antara momen yang paling lama aku kat rumah bersama insan di sebelah tu. rasa sayang sangat bila fikir momen momen yang berlalu tu tak dihalakan untuk menyantuni memandangkan untuk 5 tahun seterusnya tu, dah jauh dah.

kalau nak tahu, baru baru ni aku terdengar balik lagu Arjuna Beta alunan Fynn Jamal tu. tetiba rasa sebak dengar lirik dia. mungkin sebab cara aku dengar and hayati lirik dia tak sama macam zaman aku dalam gambar atas ni. mungkin sebab sudut pandang aku terhadap insan bergelar ibu waktu tu tak seagung saat ni.

mungkin juga sebab saat ni aku makin sedar yang dalam pada aku duk sibuk stabilkan diri sebagai seorang mukmin, seorang penuntut ilmu dan paling utama seorang yang menyusur jalan juang menuju mardhatillah ni, terkadang kita lupa hak kita kat mereka,

tak kiralah apa gelarannya,

mama abah
ummi abi
mak ayah

yang setia menanti di kampung halaman menanti anak rantau semacam aku ni.

jadi, dari lebih kurang 300km jarak yang membezakan, sempena 14 Nov ni, sajalah anakmu ini coretkan secebis titipan,

terima kasih untuk segalanya.
selamat ulang tahun kelahiran, ma :)

No comments:

Post a Comment