Sunday, July 28, 2013

Oh , stop it you T.T Not again .

To be honest , dah dekat setengah jam aku mengerah keringat otak aku ni memikirkan macamana nak mulakan post kali ni . Pelik rasanya sebab selalunya tangan aku ni lincah je menaip , yelah , otak pun dah serabut , tangan pun tak tentu arah . Tapi kali ni, rasa macam lembab pulak jari jemari yang persis skeleton ni . Not sure if aku tersilap makan ke masa berbuka tadi sebab aku makan bubur lambuk bazaar beteng macam selalu :/ Ah haa , siap pun muqadimah post ni . Kacang .

Tapi yang aku pasti , me and her meaningful otp conversation tadi adalah salah satu faktor mengapa aku jadi begini . Aku betul betul tak sangka yang aku dah luahkan weird complicated mixed feeling yang sekian lama terbuku dalam hati aku . Apa yang nak disesalkan , aku bukan orang lain . Kan ? Tapi kenapa kau tak beri respons ?  Was i Friendzoned at this exact moment ? Like oh what a mess .

Bila difikirkan balik , sampai bila aku nak berlindung menyembunyikan sesuatu daripada kau seperti yang kau telah syak dari dulu . Aku masih tak cukup haru lagi bila kau tak beri respons , but that shedding a tear moment when you said like "Let's forget what you've said and what i've heard , let's move on to the next topic!" You know what , there's one little phrase in a song rolling and rolling all over again in my mind which sounds like Patah Seribuuuuu Hatikuuu ... and that really describes my feeling . Oh how dare you .

Aku dah terlalu jujur rasanya setakat ni . But nevermind.

It's okay kalau kau speechless sebab aku tak pernah sejujur ini , memandangkan kau lagi suka orang yang straight to the point , tidak berkias dengan ayat ayat yang commonly spoken out by desperate guy a.k.a pickup lines . Well , aku tak straight to the point , neither use pickup lines , i try to be honest by act . Walaupun ramai yang cakap yang aku ni good in acting , good in facial expressions , etc , tapi untuk apa aku berpura-pura ?

And as you said , people around you said that you were blind . Aku cuba menyebelahi otak aku untuk berkata tidak tentang rasionalnya kenyataan tu , tapi hati aku lagi kuat . Strong enough to say "yes , you are" . Sorry dear . Rasanya terlalu kejam untuk aku menyatakan sebegitu kepada kau tadi . Tapi , kau pun tau aku ni tak sempurna , tak boleh fikir secara rasional bila bercakap secara spontan . With you.

Aku cuba berpegang pada prinsip 'cinta tak harus memiliki' yang mungkin sudah di telan zaman . Bohong lah kan kalau cinta tapi nak tengok dari jauh je kan ? Bohong lah kalau cinta tapi tak hendak berada di sisi kan ? Bohong lah kalau cinta tapi errr entah takde idea lagi . Ingat puisi ke apa .

Haha , terlintas jugak di minda aku macamana reaksi kau jika kau baca post ni dan faham apa yang aku cuba sampaikan . Beribu ampun aku pohon terlebih dahulu . Aku tak mampu nak karang kata-kata yang sebegini panjang dalam otak aku tadi .  Jadi , medium apa lagi kalau bukan nota kecil aku ni yang jadi mangsa . Kasihan .

Aaannndd last but not least , adakah kau sedar yang kau membolakbalikkan hati aku , seperti biasa , sekali lagi ?





Sunday, July 14, 2013

Indah khabar dari rupa

Selepas berhempas pulas aku baca cerpen Tempang antologi novel Tingkatan 1 di depan kawan kawan aku ketika kelas tambahan yang pada awalnya dijadualkan sampai pukul 9 pagi tadi , aku bertandang ke rumah sahabat sekolah rendah aku dulu , sahabat yang boleh dianggap musuh ketat tetapi bersaing secara sihat . Bersaing secara manja dan terbimbing . Muhammad Zulqarnain bin Sujud . Well-known kerana kegeligaan nya dalam bermain catur , kepetahan , kepimpinan dan etc yang membuatkan sifat bersaing aku tercabar . Well , he got almost everything . 

Ramai kata kami kawan baik dulu ketika sekolah rendah . Hakikatnya , aku sendiri pun tak dapat beri kata putus . Dia inspirational . Tapi tak boleh lawan sifat ke'inspirational'an teacher Rosmawati , cikgu Math aku darjah 4 dan 5 . Mereka berdua datang seiring , 'mencabar' aku secara drastik . Aku tak tahu lah apa nak jadi dengan diri aku kalau Allah tak utuskan mereka untuk berada dalam kisah hidup aku . Tentu aku dah leka dan lalai . Ya Allah , betapa indahnya perancanganMu .

Back to the main point , at first , Zul berhasrat nak tengok buku karangan BM aku selepas selesai solat Jumaat , 12/7 . Realitinya , hati aku nak je menolak permintaan dia , ye lah , karangan aku pun bukan bagus mana . Plus , bahan belajar dan rujukan yang aku peroleh dari 'yang dikasihi' Cikgu Junaidah pun tak lah setanding bahan belajar Zul di sekolah nya , SMAKJ , Kluang . 


tweet aku tepat pukul 10:17 pm waktu tempatan :p


As we can see in my tweet , the word 'cemburu' is there ! Ya , keadaan yang dirancang pada mulanya , berubah sama sekali moment after aku tengok bahan belajar yang dia gunakan . Aku yang pada mulanya , ingin dijadikan tempat bergantung harap oleh Zul untuk dapat sumber yang lebih 'Bombastic' dari apa yang dia miliki , tak kesampaian . Aku yang akhirnya cemburu + terpegun melihat buku rujukan dan bahan belajar Zul . So much so , aku lah yang menebalkan muka menyalin apa saja yang tercoret dalam buku Zul . 

To make things clearer , aku bagi contoh paling mudah ; penanda wacana . Kalau di sini , di sekolah kesayangan aku , untuk memulakan karangan , aku didedahkan dengan frasa seperti 'dewasa ini' , 'sejak belakangan ini' , 'kebelakangan ini' 'marcapada' dan yang paling panjang pun 'dalam meniti arus pemodenan ini'. Tetapi di sana , di SMAKJ dan maybe sekolah 'advanced' yang lain , frasa yang paling pendek pun ; 'dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini' and so on sehingga lah yang paling menarik perhatian aku ; 'dasawarsa ini di mana sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia , kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak telah dicetuskan oleh' . Can you imagine satu frasa yang terdiri daripada 35 patah kata adalah penanda wacana ?

Itu baru satu pecahan kecil dalam BM , belum peribahasa , tatabahasa , etc . Tak lupa jugak subjek yang lain , English , Math and so on . Mengejutkan jugak bila tahu yang dia belajar 21 subjek dalam jurang waktu yang sama dengan aku . Mestilah kena geliga , kalau tak , memang terkapai kapai lah di pintu pagar sekolah , merintih ingin pulang dengan alasan , homesick . How they survive agaknya ek . Ilmu sahaja yang berada dalam minda dan hati mereka, including Zul of course .

Sedangkan ilmu aku ? Indah khabar dari rupa .