Thursday, December 29, 2011

Duit baru .

Semalam dalam perjalanan aku ke BP Mall , aku singggah kejap lah dekat satu kedai buku kat Parit Raja memandangkan adik aku sorang ni sebok nak beli novel. Hish.,

Tak semena-mena, aku terbaca suratkhabar yang dijual  kat kedai buku tu,


"Duit Baru" katanya.


Wah, duit baru akan di keluarkan Julai 2012.  Aku tengok la gambar duit tu, Cantik. Warna dia pon cantik.





On top of that, duit Rm20 akan dikeluarkan semula. Warna Oren pulak tu. Huhu !



#credit to Bernama.


Yang perempuan dalam gambar tu bukan mak aku, tapi Kakitangan Bank Negara. Setelah aku gugel, nama dia Nor Aimah Mohd Nor , 32. 



Tapi lain pulak ceritanya tang duit syiling tu.

Ye lah, aku ada terbaca satu artikel ni ,  yang mengatakan ada lambang Israel dalam syiling baru tu. Aku pun tak tahu betol ke tidak.









#think positive . wallahualam.


Wednesday, December 28, 2011

Demam Novel !


Dengan cuti sekolah berbaki beberapa hari lagi ni., rasanya dah macam2 aktiviti aku buat masa cuti ni. Paling ketara , blog aku nih.


Back to the tittle, beberapa hari lepas , makcik aku mula membaca novel stelah sekian lama agaknya dia tak buat benda tu. Tak semena-mena berjangkit-jangkit-jangkitlah family member yang lain, . Including me lah.


Dia beli novel baru yang terkini and compare dengan penulisan novel waktu dia remaja dulu. Aku tumpang sekaki la. Aku pun tak tahu apa yang dia dapat hasil perbandingan tu. ,

Semalam aku baru je habis baca novel Sepasan Jeans Biru karya Ahadiat Akasyah. Walaupun mukasurat first sampai fifth lubang lubang dimakan anai2 agaknya. Aku tetap gigih membaca,. ( aku dah cuba gugel pic novel tersebut tapi x dapat. Nak ambik gambar novel sendiri pun malas. Hish,, )


Ini je yang aku dapat.

Rasanya payah aku nak tulis sinopsis novel tu. Tapi plot cerita dia memang best. Aku dah baca 2 novel Ahadiat Akashah and both of them terbaekk,,


Ahadiat Akashah

Aku rasa setelah 2 filem adaptasi dari novel yang mendapat sambutan memberangsangkan : Lagenda Budak Setan , Ombak Rindu,. ,  kini novel di cari-cari dan mendapat perhatian seluruh Malaysia. Kalau dulu macam senyap , sunyi dan sepi je pernovelan ni ( atau aku yang baru sedar ) , sekarang ni kira ada orang pandang novel2 ni,


 


# impossible is nothing









Tuesday, December 27, 2011

Maharaja Lawak Mega Final

Okey okey okey okey okey, , ,




Kali ni aku nak cerita pasal rancangan realiti, Maharaja Lawak Mega @ astroWarna. Jumaat , 10 malam. Mengumpulkan pelawak2 dari 3 buah negara, Malaysia , Indonesia , Singapura. MLM ni kira high class sikit la daripada Maharaja Lawak beberapa bulan lalu.



Berbalik kepada MLM ,  reality tv ni da mula kira-kira 9 minggu lepas memandangkan dah 9 minggu pelawak2 yang terlibat bertanding. So, Jumaat ni adalah Final. 30 . 12 . 2011. Setelah sekian lama menunggu , akhirnya sampai juga final.

List peserta masuk final :

Osbon


Boboi


Saehu


Syok 

#pic MLM : credit to murai.com.my


Dan Tagline 3 negara itu akhirnya dapat juga di bawa hingga ke peringkat akhir. Planned or not planned itu mungkin pihak Astro je yang tahu. Tapi nak kena la jugak jaga hati negara serumpun yang terlibat. Tak gitu?


Aku rasa saingan sengit antara Boboi and Osbon coz diorang ada cara tersendiri. Boboi dengan watak pentas yang fresh dan baru - Boboi-yot ( Afdhlin ) & Boboi-uwa ( Harun ) . Boyot dan tua. Haha ! 





Osbon dengan Os sebagai a good feeder & Abon sebagai a thrill killer . Tapi tetap balance persembahan diorang.  Aku boleh anggap Osbon sebagai underdog dalam pertandingan ni and boleh buat 'boom!' if compared wif their ages. Tak hairan lah sebab Os pernah menyerlah dalam dunia seni tanah air suatu ketika dahulu. Hero filem lagi ngko!




Tapi macam2 boleh jadi dalam realiti Tv camni. Samaada ia well-planned atau last minute-mindchanging. Itu kita tak tau lah. Ish2, aku ni dah jadi macam gossipper pulakk ! Berangan ! :D







#actually umah aku takde astro, aku tengok mlm kat rumah sebelah. yeah !!!