Sunday, December 4, 2011

Aku , Dia dan Taman tema Air

Okayp,
Mungkin tajuk entry ni agak pelik. 

Actually semalam aku melancong .. Destinasi - Asam Pedas parit Jawa , Melaka Wonderland, Jusco Ayer Keroh & RnR Pagoh.

TITIAN PERJALANAN !

Aku and family aku bergerak dari rumahku syurgaku kalau tak silap aku pukul 8:30. Ni la susah takde diari. Semalam punya cerita pun da lupa ker?? ISh2,, 


Asam pedas Parit Jawa.

Dari selatan aku bergerak ke utara. Singgah kejap dekat AsamPedasParitJawa. Lokasinya dekat parit Jawa. Memang dalam agenda pun nak singgah situ. Aku makan ikan merah masak asam pedas hasil krew2 Pak Yahya Asam Pedas. Asam pedas dia memang kaw2 lah. Sehingga menjilat ibu jari kaki kucing oii...


Pak Yahya Asam Pedas !

7 orang , 3 ikan. Wahh,, banyak kan?? Alhamdullilah ,, telah selamat berlayar dalam perut aku dan ahli famili kau yang lain. Sorry yerr.. tiada gambar ikan yang aku makan . Kalau nak jugak ambik la ikan merah hidup ni..

Just waiting to be cooked.
Selesai makan, titian perjalanan ke Melaka diteruskan . Kitorang siap makan pukul 11 suku kot. So aku expected sebelum pukul 1 da ley sampai sempadan negeri Melaka.

No caption for this picture.

Terternyata tekaan dan jangkaan aku memang tepat dan benar. 
Aku yang di dalam kereta lantas menyusur ke satu simpang tiga setelah banyak simpang tidak dihiraukan. Berhenti kejap memandangkan merah membara ditunjukkan traffic light. Then , belok kanan.


Melaka Wonderland.

Dengan menaiki kereta proton Saga, aku sampai ke sebuah kawasan yang agak, luas terbentang. Tempat parking kereta dulu yang aku sampai . Hoho! Bawak barang 2 sket dan menuju ke pintu gerbang Wonderland Melaka .

Melaka Wonderland !

Okay, masa untuk beli tiket. Macam biasa, aku tak mengeluarkan duit aku walau seposen pon coz my beloved mother will berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tiket untuk aku. Haha! Harga tiket dia agak berbaloi jugak la dengan apa yang kita dapat. Cewwahh,, aku tak keluar duitt pun,. 


Alamak , aku lebih dari 3 kaki lah ! :D

So , tiket aku harganya RM25.00. My mother said my ticket is for 11 years old. Memang susuk tubuhku yang kecil ini membuatkan banyak pekerja kaunter tiket tertipu. After my mother finished her lines , I said " Hah?!!" Hampir semua orang sekeliling aku tengok aku + dengan pandangan serupa memandang aku like " Gila ke budak ni ? " atau " Is that a monkey ? ". Dan sudah terang2 jawapannya "Tidak" okehhh,,,  

Aku pun bergerak ke satu bahagian dengan muka yang 'malu tapi mahu' untuk pasangkan bangle pada tangan. Tiket dia berupa bangle tangan. Aku masuk dan berjalan bersama famili aku ke satu tempat lagi. "Changing Block" terpampang jelas. Setelah siap bertukar, aku masuk la ke dalam kawasan. Ya , taman tema air larhh!!

Dengan muka yang berseri-seri aku melangkah walaupun pada awalnya insiden tidak diingini berlaku, So , masa untuk enjoyy!!

( Skip 5 hours )

Bersiap untuk berangkat. Progress mandi dan tukar baju takyah cerita. Keluar dari situ, hati aku puas. Tempat Annual event yang paling beshh!


Jusco Ayer Keroh 

Tak jauh dari situ ada Jusco. Aku pun jalan2 kat situ. Makan McDonalds yang seronok. Aku makan Spicy Chicken McDeluxe hasil pembelanjaan my auntie. Nikmat woo,! Thanks Makdik. 


RnR Pagoh

Untuk pulang ke Parit Raja ,Batu Pahat, lalu la Lebuhraya utara selatan. Agenda untuk aku, tidur . :D .
Bangun2 aku dikejutkan , Alhamdulillah aku masih hidup. Aku kat mana? Aku kat dalam jasad aku lah. Oh, RnR Pagoh. Kat situ aku tak buat pape, minum teh tarik segelas. uppss,, perbuatan la jugak tu kan,? Balik la.


Summary:

Hargailah keluarga anda selagi mereka masih menganggap anda keluarga. Peace Yawr! :P












No comments:

Post a Comment