Friday, May 31, 2019

syafakillah

bismillah

Disaat menyusur merentasi ekspo Parit Raja versi Malaysia baru, meredah hiruk pikuk lagu raya yang menghambat gegendang telinga, timbul rasa sayu bila fikir Ramadan nak berlalu pergi. entah dapat ke tidak jumpa next Ramadan, kan? ala kulli hal, semoga Allah menerima amalan kita semua sepanjang sebulan ni, terutamanya dalam proses hijrah kita ni.

cerita soal hijrah, ada jugak kesukaran untuk nak menghentikan certain perkara; nak hentikan sisa khilaf yang ditatang setiap masa, nak hentikan ungkapan palsu yang dicanang sekian lama, juga  yang paling utama, nak hentikan tautan yang berlarutan lamanya. kenapa? kesan yang mendalam. buktinya? ada dalam nota-nota kecil sebelum ni. apapun, beza hak dan batil tu jelas, apatah lagi bila dah makin dewasa ni.

cumanya, nak hentikan sesuatu kebatilan yang sudah terbiasa memang tak mudah. sebab setelah dimulakan, dengan waktu berlalu, kesan semakin mendalam, jiwa yang dulu rapuh kembali teguh, tautan dan simpulan semakin utuh. terfikir jugak ada ke pilihan untuk menangguhkan?


Peristiwa 1

pagi tu macam biasa, mendengar perkongsian dari Ustazah S dengan sobat sekalian tentang tajuk yang hangat mendidih. muka memasing berkerut sebab seolah rebel dengan apa yang disampaikan. umpama bercanggah dengan kehendak dan kemahuan duniawi di lubuk hati yang paling dalam. mata tak lekang pandang kiri kanan mencari geng menyatakan ketidakpuashatian. lalu keluarlah suara-suara seperti:

"Betul ke kita tak boleh tunjuk concern walaupun sedikit?"

"Bukannya apa pun, nak tunjuk yang kita prihatin dan caring je. Tak boleh ke?"

"Eh takkan guna emoji pun tak boleh???"

soalan bertubi-tubi. lalu Ustazah S menjawab,

"Keprihatinan dan caring kita tu tak salah. Cuma kita zalim sebab meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya; menunjukkan caring bukan pada yang hak, memberi pengharapan pada mereka yang bukan milik kita dan meluangkan masa bukan pada yang utama."

sepi kembali. tunduk, refleksi diri.


Peristiwa 2

time tu petang yang harmoni di surau kelompok, diindahkan lagi dengan kehadiran adik-adik. terujanya bila diajak merenung suasana ummah semasa. bulatan yang pada awalnya tu dah berubah menjadi bujuran sebab tak senang duduk agaknya. segala kebejatan akhlak di kupas dari puncanya dan penyelesaiannya sampai tahap memasing meluahkan kekhilafan dulu-dulu. dari sekecil-kecil memijak semut sehinggalah meninggalkan solat fardu, semuanya ada. dan yang wajib ada, kisah sweet-mweet mereka dulu-dulu yang dikambus dengan sinar baru. ah, jiwa muda kan.

yang menjadi tumpuan dalam bulatan/bujuran ni? tiada bezanya. petah bicara ayuh tinggalkan jahiliah tapi masih tak move on dengan kisah hidupnya yang ditatang dari bangku sekolah. petah bicara soal hijrah tapi jari masih lincah menari menaip pada yang belum pasti.

mungkin sudah sampai masanya, getus hati.


Peristiwa 3

dalam pada melayan perut yang membusung kekenyangan lepas makan tengahari, lepaklah dekat ruang tamu dengan sobatku yang seorang ni, AH dan juga Abang S. sembang punya sembang, entah macam mana masuk tajuk pasal personaliti diri. out of the blue Abang S cakap straight to my face:

"AH ni bagus, dia tak banyak cakap tapi kerja jalan, tapi kalau nta ni cakap je tapi tak buat pun hahaha"

walau diakhiri dengan derai tawa, isinya dah cukup untuk refleksi diri. time tu dah terngiang-ngiang ayat femes surah as-Saff ayat 2 dan 3. ha boleh pi bukak. time ni jugak terbayang adik adik yang disantuni. terbayang juga insan yang pernah dan sedang merasuk diri.


.............................................................


coretan bukan fiksyen kat atas ni ditulis beberapa hari sebelum ucapan raya disulami pantun tu. benar, 3 purnama tak ketemu dan kini rasanya dah extend jadi 3x3 purnama lebih kurang gitu. banyak yang dipendam, banyak juga yang nak diluah. tapi bila fikir balik isi ucapan tu, ditokok pulak dengan hujah kisah kisah dan momen momen menyentak di atas, memang nak taknak kena kawal diri. memang kena tangguh.

tangguh sampai bila? wallahua'lam.

dan sebenarnya, aku bersyukur sangat sebab kita sama-sama faham. biar apa pun wadah dan manhaj yang kita lalui, kita dalam lingkungan yang sama, lingkungan yang dagang. lingkungan yang dah tak ramai dapat apa kita dapat. jalan yang tak ramai lalu. tak best lah kalau kita perlahankan perjalanan satu sama lain kan.

apa pun, sekurangnya, janji dulu-dulu waktu kecik-kecik dulu yang kata nak 'continue our craziness' tu dah pun tertunai. biarlah tak lama. asalkan dapat terbang tanpa sayap kembali.

semoga ketemu lagi. kalau tak kat sini, kat sana nanti.

btw nak jawab salam ucapan raya tu.

waalaikummussalam.

.................................................................

despite all that,

i can see that you are on your weakest state right now;

warded, medication, pain.

stay strong. heal faster. come back stronger. the ummah needs you.

syafakillah.










1 comment: