Saturday, October 6, 2018

sengih

bismillah

lebih kurang genap setahun sejak post terakhir. sekejap je rasa. rasa macam baru semalam aku taip post ‘2 tahun’ tu, dengan masa tu jari telunjuk baru je tercepit pintu tapi tetap gigih menaip kat laptop dengan kurang satu jari. setahun berlalu dan seiring dengan peredaran zaman, kini aku menaip untuk post ni dengan hanya dua ibu jari. makin kurus ibu jari. tapi jari je lah kurus. eh

2018

awal tahun dimulakan dengan kembalinya aku ke imej fitrah aku zaman-zaman form4 dulu. pendek dan sikat tepi . umpama pohon me rendang serendang orangnya. Alhamdulillah di sambut baik oleh majoriti pihak dan rakan walaupun terpaksa mengorbankan nama-nama panggilan seperti hafizah dan nur amni, membiarkan conditioner yang masih belum habis, serta mengabaikan cekak rambut dan pengikat rambut yang comel berwarna warni tu. tapi ada jugak suara-suara menghasut yang ajak suruh bela lagi tapi cukuplah merasa nikmat tidur berbantalkan rambut, nikmat pandangan-pandangan sinis manusia yang seolah jelas terpampang di riak wajah mereka ; “ laki ke perempuan ni?” serta nikmat di tegur oleh para pensyarah yang prihatin agar berambut pendek berpomade. haha

tahun ni jugak menyaksikan aku di anugerahkan ijazah jalanan pertama.  taklah dekat tengah jalan; di tepi simpang lagi tepat; ditemani buah buahan tempatan dan bos yang banyak pengetahuan am. bukan fulusnya sahaja yang lumayan tapi pengalaman hidupnya amat lumayan sebab lepasni kalau ada tembikai, nanas, betik, jambu, etc kat rumah tu bagi aku je nanti dah terpotong dah lol

cerita soal ijazah, kini tahun kedua , tak banyak berubah, cara belajar sama cuma rumah berbeza dan dikurniakan kuda tunggang sendiri setelah mendapat ijin ayah bonda. tahun meningkat, jadual makin padat, group assignment dan projek makin menghambat, nak time-for-self pun kadang tak sempat, belum lagi tahun ke empat. tapi aku tetap redho sebab kadang teringat kata kata Imam Syafie yang femes tu: tak tahan lelah menuntut ilmu ? tanggunglah lelah menanggung kebodohan. menusuk.

ya, semalam jugak  baru keluar result untuk sem1 . alhamdulillah, melebihi ekspektasi. buat aku sedar sesuatu jugak sebenarnya. apa dia ? insyaAllah , kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kehidupan kita. 2018 tetap 2018. tapi tarbiyyah yang dimulakan tahun 2017 perlu terus dan terus dan terus dan terus lagi. bila biah tu dah ada, maka kecenderungan nak futur tu amat tipis. senipis iman kita yang naik turun ni. kan?

jadi... sekarang ?

cuti.

walaupun cuti ni singkat. amat singkat kalau nak dibandingkan dulu-dulu punya cuti. tapi sejujurnya aku rasa apa aku buat cuti ni lebih dari apa yang aku buat masa cuti dulu yang berbulan bulan lamanya tu. kenapa?

aku halakan seluruh waktu aku untuk keluarga yang telah lama ku tinggalkan di rumah ni. aku cuba buat semua benda yang aku tak pernah buat dulu, yang aku terlepas pandang, yang aku kadang leka dengan hakikat bahawa  yang aku ni satu satu nya anak lelaki mama dan abah. satu satunya abang kepada mimi. untuk aku? mama satu satunya ibu , abah satu satunya ayah dan mimi satu satunya adik. menyedari hakikat ni, mana mungkin mereka boleh aku take for granted sahaja.

on the checklist and already checked, awal pagi ajak mama pergi sarapan, mimi balik sekolah sembang2 sikit pasal spm dan lewat malam lepak dengan abah dekat verandah rumah. ada juga masa untuk makya dan makdik. antara usaha-usaha kecil yang mampu gembirakan mereka dengan kehadiran aku yang jarang ada ni seperti yang aku kata , little things matter . usaha-usaha kecil untuk rapatkan keluarga yang ni dulu sebelum keluarga baru nanti. eh.


apa apa pun, aku syukur dan gembira dapat buat semua tu.

dan sebenarnya,

momentum kesyukuran dan kegembiraan tu dah dimulakan dari awal tahun lagi. dan kisah kisah sebelum cuti tu dah disulami dengan sengihan dan derai tawa yang muncul kembali.. disulami dengan kebluran tahap dewa, sleepless night, long talk, cerpen ringkas, zombie. dan, disulami dengan kisah masing-masing yang berbeza; pahitnya serta manisnya, namun menuju kesimpulan dan tujuan yang sama.

its good to be back,

and its good to kembali terbang tanpa sayap.











No comments:

Post a Comment