Wednesday, October 4, 2017

2 tahun

bismillah

2016

menyedari hakikat yang aku dah pun berpijak di bumi yang nyata bahawa tiada siapa lagi yang aku kejar dan jika aku yang dikejar , simpan dulu niatmu itu. filosofi aku pada awal tahun berkait rapat dengan untuk mencari kebahagiaan hidup berseorangan . di saat melihat sekeliling tak lekang daripada pasangan yang takde ikatan menunjukkan kemanisan mereka di socmed , aku ambil pendekatan untuk mencegah dengan hati sahaja.

aku juga masih di brain wash dengan ideologi yang aku perlu belajar untuk berjaya. duduk di rumah hampir setengah tahun buat aku mudah berangan fikir masa depan . memang kalut dan tak tentu arah tapi masih cuba acah cool bila isi borang online segala jenis biasiswa yang ada tak kira lah jpa petronas maybank dan sebagainya , masa depan tu hampir jelas la dengan beberapa panggilan temuduga yang seterusnya buat aku tercampak di pinggir kota putrajaya ini di universiti terbaik negara , ceh .

memulakan kehidupan baru di universiti , agak menarik . "it's just foundation" mereka kata . ya aku setuju . bila kau boleh apply last minute study kau kat foundation ni , maksudnya apa ? maksudnya tak susah le yob foundation ni sebenarnya kehkeh. soal tempat , dulunya di kuale kini di kajang ( cant run away from the letter k ?) , aku dah sedia dengan budaya baru di sini tapi syukur aku ada teman yang akan tarik balik jika aku tertarik dengan tarikan jahiliyyah , how ?

Allah adalah sebaik baik perancang , kan ? aku tercampak bukan di kalangan mereka yang seperti aku dulunya. aku di sambut dengan penuh nilai ukhuwah yang tak pernah aku rasa sebelum ni. malu rasanya sebab aku akui amat jahil saat tu . bila wujudnya biah solehah ni , maka mudahlah aku nak dekat dengan Islam yang sebenar . besarnya pengaruh housemate seolah olah ada magnet yang menarik aku untuk turut sama bersama mereka . 'geng surau' mereka kata ? well , biarkan mereka berkata ....

aku juga di approach oleh abang abang yang lebih senior di jalan ni , tak kira lah apa manhaj dan apa wadah yang mereka gunakan , semuanya jadikan aku lebih minat dan untuk terus istiqamah . saat ni juga aku sedar aku tak keseorangan lagi . lagipun , untuk kau berada dalam jalan ni , kau tak boleh berseorangan . " kambing yang berada di dalam kumpulan sukar di baham serigala"

tahun ini juga menyaksikan aku memulakan sesuatu yang baru , yang agak bercanggah dengan beberapa perenggan di atas , juga agak kontra dengan norma cara rijal kini berfesyen . aku bela rambut . ya , hafiz amni akan berambut panjang . sunnah beb rambut panjang . 5 dan 6 bulan masih lagi okay , cukup cukup sedang sedang elok je untuk lepas ujian kawad subjek kor. takpe , kita tengok tahun depan .


2017

tahun berbeza namun aku lebih sedar tentang nilai sebuah kehidupan . di mana waktu waktu aku sebelum ini , fikiran dan keringat aku sebelum ini , dihalakan kepada hal hal duniawi semata mata , hanya sedikit sahaja diperuntukkan untuk ukhrawi. jumudnya aku memikirkan soal hati beberapa orang sedangkan masalah umat terus terabai . masa muda yang terhad ini , soal hati tidak patut dikaitkan dan diterhadkan dengan gerangan si ajnabi sahaja . namun , ni yang bertakhta di benak anak anak kecil sekarang .

aku mula kenal kemanisan dalam setiap pertemuan . bukan pertemuan aku sebelum ini yang kalau difikirkan kembali ... untuk apa ? ini bukan soal keras dan rigid dalam bersosial namun aku akui jika kita faham soal ikhtilat , ini jalan yang terbaik . ya memang sengaja aku lari daripada semua ni . walaupun semua kisah dulu yang segar lagi dan boleh je aku ceritakan satu persatu kat sini , even dah ada pun dalam notes sebelum ni.

walaupun aku lari ke kuale 4 tahun lepas , aku tak lari dari kisah dulu saat tu . namun kali ni , aku lari juga dari kisah dulu . berlari bukan bererti melupakan . memang sukar . respon ? ada yang terima dan faham , ada juga yang seolah memujuk untuk kembali seperti dulu , namun aku masih cuba kekal begini dan masih kekal begini.

despite all of that emotional dan kerohanian thing , also highlight of the year ; aku dah mula tahun pertama degree . asasi berlalu bagai angin lalu je terutamanya waktu waktu yang terbazir di short sem . kini aku berjuang untuk segulung ijazah ! semangatnya . tapi kini ideologi aku bahawa pelajaran adalah kunci kejayaan itu sudah di perbetulkan . sebab kau dah nampak matlamat yang jelas dan study tu cuma sampingan je .

dan yaaa pasal rambut , jelingan masyarakat dan usikan member member tak lekang terutamanya saat aku menghadapi 'awkward stage' di bulan 10-13 . masuk je degree , aku dah boleh ikat gaya 2010s man bun . pencapaian sangat kan . timing tu pun perfect gak .

kini , ada hari aku gayakan man bun ala aedy asyraf dan ada hari aku lepaskan and hampir cecah bahu , sesuai dengan sunnah Nabi kita . feed di instagram aku jugak dah beralih slow slow kepada nerd klishe sikat tepi ala 70an ke chaotic flow free long hair ala Heath Ledger's Joker . ( comments also blowing up and to no ones surprise , rambut is the most used words )

and ya , ada 3 bulan lagi .


..............................................................................


begitulah 2 tahun , dalam beberapa perenggan je .

aku masih macam dulu. taklah bermaksud aku terus berubah 100% bila aku jalani 'hidup baru' ni . taklah terus aku berhenti dengar lagu lagu lagho yang buat hati lemah murung kecewa atau filem filem yang Dia tak redha dengan apa yang dipaparkan dalam tu . aku masih bertatih . masih mencuba . masih lagi main futsal , main gitar dsb . menjalani hidup anak muda namun dengan matlamat yang lebih jelas . ke mana semua tu dihalakan ? apa niat kita ?

ada sebabnya juga kenapa aku kembali menulis bahasa melayu walaupun ada la jugak campur english sikit . jujurnya , mudahnya , kembalilah martabatkan bahasa melayu sebab bahasa ni lebih dekat di jiwa kita . lagipun yang baca nota ni melayu tulen kan ? ke ada campur darah jawa sikit ?

menariknya jugak , nota terakhir sebelum ni , terbiar di situ selama hampir 2 tahun . seolah olah menyimpulkan tu lah keadaan aku sampai lah sekarang . tak beb , dulu memang kau bagi kesan yang besar . untuk nota nota sebelum sebelum tu , kau , kau dan kau jugak. tapi , bila aku baca balik , aku hanya anggap semua tu kenangan . kalau aku tak berada dalam keadaan tu , manakan aku sekarang begini . kan ?


ya dan kalau kau boleh baca ni , bermaksud kau sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan aku sebelum ni .


aku bahagia dengan kehidupan aku saat ni. korang apa khabar ?




No comments:

Post a Comment