Bila aku meningkat dewasa , aku baru sedar yang aku makin banyak menangis . Sekolah rendah , aku jarang menangis , ada pun ketika di umumkan result UPSR . Aku menangis . Menangis dalam kegembiraan selepas titik peluh aku belajar terbayar juga , menangis dalam kesedihan tidak dapat berkongsi result yang sama dengan rakan rakan lain yang kurang bernasib baik , menangis mengenang dan memikirkan wajah parents aku ketika mereka tahu keputusan aku . Ah
Bila aku jejak sekolah menengah , aku jarang sangat menangis , menangis di atas sejadah lagi lah jarang , kurang pendedahan , kesedaran aku berkurang , ego aku meninggi , aku kononnya jadi lebih kuat , gah , tapi lemah hakikatnya . Tahun lepas , 2012 , aku dah mula menangis , menangis mengenangkan hidup aku yang tak terurus ni , dengan amanah dari Abah yang begitu besar , aku rasa aku lemah sangat , aku menyimpang jauh dari landasan yang aku harapkan .
Tahun ni , 2013 , aku baru sedar yang aku banyak kali menangis , tapi menangis di luar sedar , bukan kerana kesakitan fizikal , tapi kesakitan emosi , jiwa aku yang lemah ni , di tekan dengan masalah yang aku tak mampu nak tahan lagi . Menangis kerana cinta duniawi , cinta ukhrawi , dan cinta sia sia . Aku gembira aku menangis , lega hati lepas menangis .
Terdetik di hati aku nak taip post ni pun sebab baru je sebentar tadi aku baca satu artikel tentang para sahabat Rasulullah yang mudah menangis , menangis kerana takutkan Allah , menangis ketika membaca Al-Quran , menangis kerana kekayaan , menangis mengenangkan nasib selepas mati . Bayangkan sahabat seperti Umar bin Al-Khatab yang gagah perkasa dengan sifat kesatriaan nya menangis sejadi jadinya selepas membaca Surah Yusuf ayat 86 .
Dan kerana itulah aku tidak malu mengaku yang aku selalu menangis , dan menangis .
Kalau dulu ketika aku kecil , aku terapkan dalam hati aku bahawa orang yang menangis adalah insan yang lemah... namun sekarang aku sedar , orang yang menangis adalah orang yang kuat , menangislah .
No comments:
Post a Comment