Wednesday, April 25, 2012

Adil kah ?

Pernah juga aku terfikir adil kah aku . Dalam ketidakpuashatian aku kerana ramai yang tidak adil dengan aku , aku sedar siapa aku dan adil kah aku . 


Berduyun - duyun masalah datang kat aku sekarang . Aku faham dan aku redha kerana masalah akan hilang kalau kita selesaikan . Kalau punca masalah itu pun kita tak tahu , macammana nak selesaikan . Lebih-2 lagi masalah tu datang dari orang lain dan berahsia dengan kita . Dan yang menanggung masalah itu adalah aku dan bukan dia . Adil kah ?


Kita tak buat sesuatu benda tu , tapi orang lain sibuk kata kita buat . Rimas kan ? Sikit-2 tu boleh lah . Tapi kalau dah banyak sangat sampai bingit telinga dengar memang lah hati panas der . Orang yang tak tahu dan mendengar bukan nya nak selidik betul-2 pon coz dyorang pon malas nak sibuk hal orang sedangkan mereka sedang menyibuk . Ia jadi satu rangkaian . Invisible chain . Tak semena-mena aku di tuduh bukan-2 . Benda baik takpe lah jugak . Adil kah?


Menilai seseorang tanpa soal selidik jugak menjadi masalah bagi aku . Bukan niat aku nak bermasam muka atau tidak bertegur sapa dengan seseorang . Zaman millenium sekarang ni susah nak cari seseorang yang menegur random people yang dia pon tak kenal . Memang lah perbuatan tu mulia dan di tuntut kerana memberi salam bukan hanya pada yang kita kenal sahaja , malah lebih mulia jika sesiapa sahaja yang kita hendak kerana ianya adalah doa . Kalau kita tegur atau bagi salam , diorang buat muka pelik . Tak semena-mena aku di label sebagai sombong  . Adil kah ?


Memikirkan karenah dan sikap manusia yang penuh misteri memang tak akan habis. Lebih baik aku ubah diri aku dulu daripada tidak adil kepada seorang yang adil. Dan aku harap tiada orang yang tidak senang dengan aku. Maybe it will be just a hope , kerana manusia tidak pernah puas menuding jari menyalahkan orang lain. Dan aku mengaku aku pun begitu . Sudah menjadi lumrah . 


# Time to change myself .






No comments:

Post a Comment