Tuesday, October 8, 2013

PMR sudah tamat , dulu , kini dan selamanya

dan ketika rakan rakan sebaya aku seluruh negara were extremely happy after pmr was over and trying to express them on social network site , aku lebih memilih untuk meluahkan isi hati aku yang bercelaru kepada my one and only , nota alam maya aku , nota kecil aku . Even if blog di label sebagai laman sosial pun , tapi perhatian yang diberikan kepada blog tidak lah sehebat perhatian yang diberikan kepada laman sosial yang well-known dan tak perlu aku sebutkan lah . This kind of action will reduce the percentage of me labelled as attention-seekers , haha . Even laman sosial adalah hak masing masing , tapi aku tetap cuba untuk elak gelaran alam maya tu . Ah poyonya .

In certain circumstances , aku macam tak percaya yang aku dah 15 tahun dan dah menduduki pmr lagi ha. Time flies so fast , isn't it ? Tanda tanda kecil kiamat tu . But that doesn't really affects our journey in life , right ? "Kau buat benda baik , waktu terasa lama . kau buat benda tak baik , waktu terasa laju." Itu fakta psikologi yang pernah aku baca dalam sebuah artikel on the internet , long time ago .

Ketika pmr , terutama ketika bm lah , aku cuba praktikkan teori Bahasa Melayu Tinggi yang aku cuba gunakan dalam post post aku since several months ago . Alhamdulillah , manglish tidak mempengaruhi otak aku sangat masa periksa . Itu kertas dua lah . Untuk kertas satu , aku dah redha dengan keputusannya , sebab aku selalu cuai menjawab kertas satu . Dah lama dah aku cuba untuk ubah benda ni . I can't . Aku harap segala urusan penandaan , yang setahu aku dijalankan oleh mesin , dipermudahkan oleh Allah , insyaAllah.

Untuk subjek agama pulak , bukan riak tetapi aku memang melangkah dengan yakin time masuk ke dalam dewan . Mungkin semangat yang berkobar-kobar mengenangkan Cikgu Marina yang cuti bersalin dan keputusan test agama aku yang boleh dikategorikan sebagai konsisten mendorong aku untuk menjawab exam agama pmr dengan semangat yang penuh yakin dan jitu ! *wohoho* Memang takdir Allah agaknya , bab yang aku baca ditanya dalam exam . Actually , aku tak baca pun semua tajuk . Aku pun tak tahu kenapa . Malas yang melampau agaknya . Dengan dorongan instinct dan a little bit of magic elements , urusan menjawab aku dipermudahkan . 

Kerisauan aku terhadap keputusan subjek english aku membuak-buak sebenarnya .  Occasionally , terdetik jugak lah di hati kecil aku ni apa lah yang aku jawab in paper 2 . Apa yang pasti , arahan bahagian A buat aku hilang fokus dan 'lost' for a few precious minutes . Time tu , aku rasa nak tergelak pun ada sebenarnya sebab aku tak sangka yang aku 'lost' ketika pmr dan surprisingly aku tak pernah rasa perasaan sebegitu time test test sebelum ni . Aku jadi kalut dan tak tentu arah , and was then , memberontak secara psikologi , dengan menulis whatever idea and things yang terlintas dalam otak aku . "ARTIKEL" . Trauma aku dengan 
frasa tu .

For Geography , permulaan exam  disinari dengan sedarnya aku bahawa soalan yang diberikan , aras rendah based on the position of small black bar on the left side of the paper if it is unopened , and that theory , aku gunakan sampai lah ke kertas exam yang terakhir . Ternyata memang tak silap lah . Soalan yang aku dapat , tak lah dikategorikan sebagai senang , tapi , boleh lah ~ . Aku yakin , aku dah buat yang terbaik . Ceh. A weird thing about me when i was answering the question was suara Cikgu Hubaidillah terngiang-ngiang di telinga aku , haha . Sesetengah soalan aku baca dengan suara Cikgu Ubai , in occasion . "Penangan Ubai" hahaha

Now Science , aku menduduki exam selepas 3 hari berhempas pulas membaca and skimming through all the science notes and formulae. Ceh . The same goes to History subject. Aku gelar hari Sains dan Sejarah ni hari maut sebenarnya sebab dua subjek ni lah yang selalu jadi aral yang melintang untuk aku mendapat result yang lebih baik . I've got nothing to say about Science because soalannya basic dan bagi aku , siapa yang baca buku , dapat lah jawab , terutamanya kertas 1 . Ada several question in paper 2 yang aku dah tau salahnya . Contoh yang paling senang aku ingat , tentang plasenta . Aku dengan kurang bijaknya menyatakan struktur tersebut sebagai , jalinan kapilari darah . Aduhai . Dear myself , why you let yourself down ? :/

Soalan subjek Sejarah pulak banyak yang mengelirukan dan malangnya aku tak sempat nak menghabiskan pembacaan tajuk form 3 yangmana memudharatkan diri aku . Why ? Because those several topics about Sabah and Sarawak's Reaction lah yang banyak , hampir 10 soalan tak silap aku . So much so , aku gunakan teknik hentam dan logik akal yang membantu jugak kekadang . KEKADANG. Plus , aku cuba seimbangkan bilangan gred jawapan supaya setiap bilangan setiap gred hampir dengan 15. Mungkin teknik ni tak berapa common sangat . Ekh ? 

Last day , Math dan KH , meringankan beban pembacaan lah . Untuk Math , Alhamdulillah , tiada masalah bagi aku , kertas 1 dan 2 . Iman , as always , time dapat kertas 1 buat muka dan bagi signal soalan 'sayur' . But in the other hand , apa yang aku pasti , nombor 3 kertas aku dah confirm salah , haha . Pasaipa ? Faktor kecuaian dan over-confident . Tak baca soalan betul betul . Hafiz , hafiz .

And last paaayyyperrr , KH . Beberapa minit sebelum exam bermula , insiden sakit perut melanda diri aku . Alhamdulillah , aku berjaya mengatasi insiden tersebut hasil dorongan rakan rakan , hahahaha . Time exam pulak , mungkin aku je kot , atau orang lain pun pening kepala and ngantuk time jawab soalan . Mungkin sebab perasaan excited nak 'merdeka' lah kononnya atau mungkin kerana kepenatan otak menjawab soalan math sebelumnya . Hm possible . Nevertheless , aku menjawab dengan tenang dan penuh hemah *amboi* untill about 15 minutes before exam was ended , kehadiran pelajar pelajar sekolah lain and even sekolah sendiri dengan 'ekzos pmr' nya  di tepi dewan menggangu konsentrasi *lol* . Mana taknya , mereka me... alah tak payah lah aku taip , dah tau kan , hahaha .

Sebenarnya aku tak melangkah masuk ke dalam dewan sepanjang 4 hari peperiksaan berbekalkan ilmu yang aku ulangkaji di rumah je , ulangkaji saat akhir di tepi dewan sedikit sebanyak membantu aku ( kami , dan mungkin kita actually ) menjawab soalan . Sebab lebih ingat , kan ? Even ulangkaji nya sikit je , gelak nya je yang terlebih-lebih , apa yang pasti , aku dapat 'precious moment' dengan kawan kawan :') aduhai sentimentalnya .

Perjalanan 4 hari kalau nak di compressed jadi satu entry memang panjang berjela lah . Ni aku dah ringkaskan gila gila dah ni . Apa yang aku pasti , mood exam aku belum habis sebab kebanyakan ayat dalam post ini pun aku gunakan 'ayat exam' and maybe korang yang baca pun menyampah , but nevermind. Apparently , and hopely , keputusan pmr aku kena cemerlang . No doubt . Aku tak sanggup nak hampakan harapan orang yang berharap dengan aku .

Semua calon dapat 8A InsyaAllah . Sama sama kita doakan :)

No comments:

Post a Comment