Thursday, December 26, 2013

cicak .

beberapa hari lepas , genap setahun tarikh ramalan puak Mayan bahawa dunia kiamat . siap ada filem yang di buat dengan tajuk 'tahun lepas' menunjukkan keadaan pada hari tersebut . aku still mencari-cari apa yang ingin disampaikan oleh pengarah filem tersebut , soal duit tu memang dah pasti lah , maksud aku , moral value nya . ketika tu , genre filem ni sci-fi atau mungkin horror tapi sekarang filem tu jadi filem komedi . see ? tak payah mengerah keringat otak memikirkan pasal hari 'tu' , tugas kita untuk bersedia untuk hari 'tu'.

bercerita soal persediaan , aku masih di buai perasaan bahawa cuti masih panjang even minggu depan dah sekolah . dengan baju sekolah yang entah kemana , kasut sekolah yang tersadai di rak kasut , alat tulis yang masih elok kat dalam bekas transparent yang di bawak masuk dalam dewan time pmr , buku rujukan yang amat disanjung tinggi martabatnya sebelum tarikh 2 oktober 2013 and sekarang dah bergelimpangan kat atas katil . 

tak lama lagi angka 15 diganti dengan angka 16 . Hafiz Amni dah 16 tahun , tak padan dulu kerja nangis je xD tapi sebenarnya angka tu cuma ilusi je . pasaipa ? aku habiskan 1 per 3 hidup aku untuk tidur . see ? aku belum betul betul 15 tahun sekarang . kita semua ditipu oleh umur kita sendiri . so memang tak pelik lah kalau kita masih kebudak-budakan . pretending to be mature is a waste of time for teenagers .

apa yang aku rasa rugi tentang kehidupan aku tahun ni ialah aku banyak belajar kerana exam . bukan belajar cara nak mengubah hidup aku yang tak tentu hala ni . 

tapi antara satu benda yang aku pelajari tahun ni ialah sehebat mana pun perancangan and kehendak kau , kalau Allah kata tak , tak lah jadinya . kadang-kadang kita terlalu memikirkan kehendak kita , apa yang kita tak ada sedangkan betapa banyaknya rezeki kita hadap tiap tiap hari . 

walaupun jauh di sudut hati , ada satu benda yang diidam idamkan belum tercapai , walaupun 'benda' tu dah ada depan mata . tapi siapalah aku untuk dia . mungkin memang tugas aku untuk sentiasa berada di belakang , menjadi pelindung tak rasmi dirinya , sesuai dengan maksud nama aku :)



and one more thing , kata kata tu doa , right ? so jangan lah suatu hari nanti aku melekat kat dinding . 

hey jangan lah terasa .


No comments:

Post a Comment