Thursday, December 26, 2013

cicak .

beberapa hari lepas , genap setahun tarikh ramalan puak Mayan bahawa dunia kiamat . siap ada filem yang di buat dengan tajuk 'tahun lepas' menunjukkan keadaan pada hari tersebut . aku still mencari-cari apa yang ingin disampaikan oleh pengarah filem tersebut , soal duit tu memang dah pasti lah , maksud aku , moral value nya . ketika tu , genre filem ni sci-fi atau mungkin horror tapi sekarang filem tu jadi filem komedi . see ? tak payah mengerah keringat otak memikirkan pasal hari 'tu' , tugas kita untuk bersedia untuk hari 'tu'.

bercerita soal persediaan , aku masih di buai perasaan bahawa cuti masih panjang even minggu depan dah sekolah . dengan baju sekolah yang entah kemana , kasut sekolah yang tersadai di rak kasut , alat tulis yang masih elok kat dalam bekas transparent yang di bawak masuk dalam dewan time pmr , buku rujukan yang amat disanjung tinggi martabatnya sebelum tarikh 2 oktober 2013 and sekarang dah bergelimpangan kat atas katil . 

tak lama lagi angka 15 diganti dengan angka 16 . Hafiz Amni dah 16 tahun , tak padan dulu kerja nangis je xD tapi sebenarnya angka tu cuma ilusi je . pasaipa ? aku habiskan 1 per 3 hidup aku untuk tidur . see ? aku belum betul betul 15 tahun sekarang . kita semua ditipu oleh umur kita sendiri . so memang tak pelik lah kalau kita masih kebudak-budakan . pretending to be mature is a waste of time for teenagers .

apa yang aku rasa rugi tentang kehidupan aku tahun ni ialah aku banyak belajar kerana exam . bukan belajar cara nak mengubah hidup aku yang tak tentu hala ni . 

tapi antara satu benda yang aku pelajari tahun ni ialah sehebat mana pun perancangan and kehendak kau , kalau Allah kata tak , tak lah jadinya . kadang-kadang kita terlalu memikirkan kehendak kita , apa yang kita tak ada sedangkan betapa banyaknya rezeki kita hadap tiap tiap hari . 

walaupun jauh di sudut hati , ada satu benda yang diidam idamkan belum tercapai , walaupun 'benda' tu dah ada depan mata . tapi siapalah aku untuk dia . mungkin memang tugas aku untuk sentiasa berada di belakang , menjadi pelindung tak rasmi dirinya , sesuai dengan maksud nama aku :)



and one more thing , kata kata tu doa , right ? so jangan lah suatu hari nanti aku melekat kat dinding . 

hey jangan lah terasa .


Thursday, December 19, 2013

But now I'm the happiest man ever .

Just yesterday night i couldn't fell asleep , nervous , thinking about how my pmr result would be , the last pmr ever , and all the consequences , especially that one type of people's annoying question ; "Dapat berapa A?" -_-

That's one thing , the another thing I imagined was how my parents will react to my result . Even if they'd never put a target for my result , or maybe they didn't have the guts to say that to me , but i could saw it in their eyes . Their hopes .

It didn't ended right there mate , on twitter , most of the tweets were all about pmr and what they felt , imagined , worried at that exact moment which was really really related to mine . I was also pretty sure that these things rose my overthinking state .

I took a quick hypnosis session and fell asleep in a deep level of relaxation  . It worked . 




Wednesday, October 23, 2013

nya .

okay sekarang giliran aku pulak cerita pasal kau muahaha habislah kau .

first time aku dengar cerita pasal kau was from ijan awal tahun ni . actually dia cerita kisah form 1 and 2 dia dekat aku dan aku pun cerita lah jugak . cerita yang ijan sampaikan pada aku tentang kau tak lah memberangsangkan pada zahirnya . haha . and from that moment lah aku just kenal kau , dan tidak terlintas di hati pada ketika itu se'kenal' hari ini , ceh . 

back then , and as you said lah , we know each other in a clumsy and childish circumstances which will make you laugh bila kau ingat-ingatkan . but seriously , aku macam dah lupa apa yang aku cakap , apa yang aku fikir , apa yang aku cuba sampaikan at that moment . tup tup dah kenal dah , haha . macam tak logik je kan ? don't take this to serious k , haha

then , kita jadi unofficial stranger for a few moments even though aku dah cuba nak buang gelaran tu . memasing jadi batu di tepi jalan , mengingatkan aku pada lagu batu daripada sweet charity . entah macamana kau , apatah lagi aku , selesa begini daripada dilanda kontroversi yang nonsense dan tak masuk akal . 

"apakah persahabatan berlainan jantina tidak rasional?" aku pernah baca satu artikel yang berhubung kait dengan masalah ni long time ago . dan aku boleh simpulkan , yang rata rata mereka mereka yang terlibat dengan benda ni will failed . i mean , one of them will fall to one another , which was then , will get friendzoned , sadly . 

tapi tak semestinya kita kena percaya that theory , kan ? aku pernah cuba ubah teori tu dengan someone else , tapi tak berjaya , aku tewas . now , aku cuba ubah teori ni dengan kau pulak , let's see haha . seems like aku dah menyimpang jauh dah ni , takpe aku takkan padam . baru suara hati yang original , ye tak ? haha poyo

back to the root , aku tak sangka yang aku di anggap as a friend even jasa aku tak lah sebesar dan selayak untuk digelar sebegitu rupa . apa je yang aku dah buat dengan kau , ha ? berbual pun tak bertemu , dah bertemu kita membatu . haha kan dah jadi pantun dua kerat :p

dan jika kau berharap yang aku letak kata kata harapan dekat final paragraph entry aku ni , maaf , aku tak sediakan . aku tak pandai dengan kata kata harapan ni . haha yang ni gurau k .




Sunday, October 20, 2013

jasa besar

actually beberapa bulan sebelum pmr , laptop 1 malaysia yang aku dapat masa form 1 was completely ROSAK dan tak boleh bukak terus .


dekat setahun setengah jugak aku dah di bagi amaran oleh windows yang hard disk laptop ni was badly damaged and sadly , aku ignore amaran tersebut even aku dah rasa kesannya ; bila bukak windows explorer , laptop automatically freezes , hangs and show up blue screen which is a bad imminent failure . banyak kali jugak windows suruh backup file sebelum memory hilang ,  tapi aku degil , aku tak buat pun . 


dan dekat setahun jugak aku ngadap benda kat atas ni setiap kali aku on power laptop . 'SMART hard disk failure' dia kata . tapi aku degil , taknak betulkan , aku gasak je laptop ni sampai barai jadi nya , tak boleh bukak terus . 


one day , aku bukak laptop and this thing appears . aku power off and power on balik semula . pun benda yang sama . bam , the end .


plus , bottom left corner of my laptop screen was badly damaged due to excess usage in my view. apparently,  it will continuously spread out to the other side of the screen if i used the laptop even more excessively . he's dead , jim .


inilah sticker 1 malaysia yang aku tanggalkan right after aku dapat laptop ni , haha . aku tampal sticker ni dekat situ dan masih di situ sampai lah sekarang . kenangan woo . 

it's not the dead end for the laptop actually , sebab aku boleh beli hard disk baru berharga lebih kurang rm 200 dan guna laptop ni macam biasa . but that isn't the point i really care sebab aku terkilan sangat yang data dalam hard disk aku hilang . forever . 

aku simpan dalam hard disk ni banyak gambar aku masa kecik kecik  , lagu alleycats high quality audio  , video gila gila dengan adik aku masa form 1 , video messi  , haha ,  and even masa birthday aku tahun ni , aku buat something special , aku senaraikan birthday wisher dari first sampai last siap dengan waktunya sekali in a document in the hard disk , sadly . aku banyak memori indah dengan laptop ni , aku happy , sedih , menangis , ketawa , bersweet-sweet , berskype-skype .... hmm , tertidur sama-sama , laptop ni lah yang jadi saksi . alahai ~ 

aku dah lama nak buat entry pasal benda ni tapi tak berkesempatan , and busy with exam eventually . on top of that , 'kehilangan' laptop tersebut tak berapa nak dirasai sangat dengan alasan , nak periksa and my sister has her 'own laptop lah sangat' hasil ihsan makdik . so aku boleh lah berkongsi dengan dia and at this exact moment , aku taip entry ni pun , pakai laptop yang satu lagi ni lah .

i'd even gone through a lot of physical changes along with this laptop . brruhhh

Friday, October 11, 2013

kadang kadang

aku perhatikan dan aku fikirkan tentang nama blog ni dan url nya , terdetik jugak di hati , macam tak sesuai and consist a big grammar mistake. Nota , then kecil . nota kecil ? Haha kalau di ulang ulang frasa tu rasa macam lawak pulak . Tapi tak kesah lah , sebab nama blog aku ni unik , lain daripada yang lain . Kadang kadang yang tak normal tu yang istimewa . Jadi jangan takut buat benda lain daripada yang lain . Ceh .

being normal is too boring .

Tuesday, October 8, 2013

PMR sudah tamat , dulu , kini dan selamanya

dan ketika rakan rakan sebaya aku seluruh negara were extremely happy after pmr was over and trying to express them on social network site , aku lebih memilih untuk meluahkan isi hati aku yang bercelaru kepada my one and only , nota alam maya aku , nota kecil aku . Even if blog di label sebagai laman sosial pun , tapi perhatian yang diberikan kepada blog tidak lah sehebat perhatian yang diberikan kepada laman sosial yang well-known dan tak perlu aku sebutkan lah . This kind of action will reduce the percentage of me labelled as attention-seekers , haha . Even laman sosial adalah hak masing masing , tapi aku tetap cuba untuk elak gelaran alam maya tu . Ah poyonya .

In certain circumstances , aku macam tak percaya yang aku dah 15 tahun dan dah menduduki pmr lagi ha. Time flies so fast , isn't it ? Tanda tanda kecil kiamat tu . But that doesn't really affects our journey in life , right ? "Kau buat benda baik , waktu terasa lama . kau buat benda tak baik , waktu terasa laju." Itu fakta psikologi yang pernah aku baca dalam sebuah artikel on the internet , long time ago .

Ketika pmr , terutama ketika bm lah , aku cuba praktikkan teori Bahasa Melayu Tinggi yang aku cuba gunakan dalam post post aku since several months ago . Alhamdulillah , manglish tidak mempengaruhi otak aku sangat masa periksa . Itu kertas dua lah . Untuk kertas satu , aku dah redha dengan keputusannya , sebab aku selalu cuai menjawab kertas satu . Dah lama dah aku cuba untuk ubah benda ni . I can't . Aku harap segala urusan penandaan , yang setahu aku dijalankan oleh mesin , dipermudahkan oleh Allah , insyaAllah.

Untuk subjek agama pulak , bukan riak tetapi aku memang melangkah dengan yakin time masuk ke dalam dewan . Mungkin semangat yang berkobar-kobar mengenangkan Cikgu Marina yang cuti bersalin dan keputusan test agama aku yang boleh dikategorikan sebagai konsisten mendorong aku untuk menjawab exam agama pmr dengan semangat yang penuh yakin dan jitu ! *wohoho* Memang takdir Allah agaknya , bab yang aku baca ditanya dalam exam . Actually , aku tak baca pun semua tajuk . Aku pun tak tahu kenapa . Malas yang melampau agaknya . Dengan dorongan instinct dan a little bit of magic elements , urusan menjawab aku dipermudahkan . 

Kerisauan aku terhadap keputusan subjek english aku membuak-buak sebenarnya .  Occasionally , terdetik jugak lah di hati kecil aku ni apa lah yang aku jawab in paper 2 . Apa yang pasti , arahan bahagian A buat aku hilang fokus dan 'lost' for a few precious minutes . Time tu , aku rasa nak tergelak pun ada sebenarnya sebab aku tak sangka yang aku 'lost' ketika pmr dan surprisingly aku tak pernah rasa perasaan sebegitu time test test sebelum ni . Aku jadi kalut dan tak tentu arah , and was then , memberontak secara psikologi , dengan menulis whatever idea and things yang terlintas dalam otak aku . "ARTIKEL" . Trauma aku dengan 
frasa tu .

For Geography , permulaan exam  disinari dengan sedarnya aku bahawa soalan yang diberikan , aras rendah based on the position of small black bar on the left side of the paper if it is unopened , and that theory , aku gunakan sampai lah ke kertas exam yang terakhir . Ternyata memang tak silap lah . Soalan yang aku dapat , tak lah dikategorikan sebagai senang , tapi , boleh lah ~ . Aku yakin , aku dah buat yang terbaik . Ceh. A weird thing about me when i was answering the question was suara Cikgu Hubaidillah terngiang-ngiang di telinga aku , haha . Sesetengah soalan aku baca dengan suara Cikgu Ubai , in occasion . "Penangan Ubai" hahaha

Now Science , aku menduduki exam selepas 3 hari berhempas pulas membaca and skimming through all the science notes and formulae. Ceh . The same goes to History subject. Aku gelar hari Sains dan Sejarah ni hari maut sebenarnya sebab dua subjek ni lah yang selalu jadi aral yang melintang untuk aku mendapat result yang lebih baik . I've got nothing to say about Science because soalannya basic dan bagi aku , siapa yang baca buku , dapat lah jawab , terutamanya kertas 1 . Ada several question in paper 2 yang aku dah tau salahnya . Contoh yang paling senang aku ingat , tentang plasenta . Aku dengan kurang bijaknya menyatakan struktur tersebut sebagai , jalinan kapilari darah . Aduhai . Dear myself , why you let yourself down ? :/

Soalan subjek Sejarah pulak banyak yang mengelirukan dan malangnya aku tak sempat nak menghabiskan pembacaan tajuk form 3 yangmana memudharatkan diri aku . Why ? Because those several topics about Sabah and Sarawak's Reaction lah yang banyak , hampir 10 soalan tak silap aku . So much so , aku gunakan teknik hentam dan logik akal yang membantu jugak kekadang . KEKADANG. Plus , aku cuba seimbangkan bilangan gred jawapan supaya setiap bilangan setiap gred hampir dengan 15. Mungkin teknik ni tak berapa common sangat . Ekh ? 

Last day , Math dan KH , meringankan beban pembacaan lah . Untuk Math , Alhamdulillah , tiada masalah bagi aku , kertas 1 dan 2 . Iman , as always , time dapat kertas 1 buat muka dan bagi signal soalan 'sayur' . But in the other hand , apa yang aku pasti , nombor 3 kertas aku dah confirm salah , haha . Pasaipa ? Faktor kecuaian dan over-confident . Tak baca soalan betul betul . Hafiz , hafiz .

And last paaayyyperrr , KH . Beberapa minit sebelum exam bermula , insiden sakit perut melanda diri aku . Alhamdulillah , aku berjaya mengatasi insiden tersebut hasil dorongan rakan rakan , hahahaha . Time exam pulak , mungkin aku je kot , atau orang lain pun pening kepala and ngantuk time jawab soalan . Mungkin sebab perasaan excited nak 'merdeka' lah kononnya atau mungkin kerana kepenatan otak menjawab soalan math sebelumnya . Hm possible . Nevertheless , aku menjawab dengan tenang dan penuh hemah *amboi* untill about 15 minutes before exam was ended , kehadiran pelajar pelajar sekolah lain and even sekolah sendiri dengan 'ekzos pmr' nya  di tepi dewan menggangu konsentrasi *lol* . Mana taknya , mereka me... alah tak payah lah aku taip , dah tau kan , hahaha .

Sebenarnya aku tak melangkah masuk ke dalam dewan sepanjang 4 hari peperiksaan berbekalkan ilmu yang aku ulangkaji di rumah je , ulangkaji saat akhir di tepi dewan sedikit sebanyak membantu aku ( kami , dan mungkin kita actually ) menjawab soalan . Sebab lebih ingat , kan ? Even ulangkaji nya sikit je , gelak nya je yang terlebih-lebih , apa yang pasti , aku dapat 'precious moment' dengan kawan kawan :') aduhai sentimentalnya .

Perjalanan 4 hari kalau nak di compressed jadi satu entry memang panjang berjela lah . Ni aku dah ringkaskan gila gila dah ni . Apa yang aku pasti , mood exam aku belum habis sebab kebanyakan ayat dalam post ini pun aku gunakan 'ayat exam' and maybe korang yang baca pun menyampah , but nevermind. Apparently , and hopely , keputusan pmr aku kena cemerlang . No doubt . Aku tak sanggup nak hampakan harapan orang yang berharap dengan aku .

Semua calon dapat 8A InsyaAllah . Sama sama kita doakan :)

Saturday, August 3, 2013

Terima kasih semua .

Alhamdulillah , dengan limpah dan kurniaNya , aku berjaya mengharungi Trial PMR 2013 yang hanya berlaku seumur hidup aku . Tapi perkara yang sentiasa bermain dalam minda aku ialah peperiksaan besar sebegini tidak dianggap sebagai suatu yang 'besar' oleh pelajar even guru pengawas yang berada di dalam dewan . Dengan pengawasan yang tidak begitu teratur , kemas dan tegas , pelajar mudah mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan dan menghidupkan satu pepatah Inggeris dalam diri masing-masing yang berbunyi " Sharing is Caring" ketika menjawab soalan :3



Alhamdulillah , aku sudah pun berpuasa selama 24 hari , dan hari raya pun dah nak dekat dah ni . Masing-masing apa lagi , tersengih gembira lah kerana cuti raya pun dah bermula . Sedih pun ada lah kan sebab Ramadhan tinggal 6 hari je . Kan ?

Alhamdulillah , pagi tadi aku dapat kad raya awal dari someone and 'kertas raya' from some'other'one too. I'm not sure to mention who are them . But nevermind . Here are some pictures of the card . And the 'paper' too .


dia punya sampul :) masa mula mula nampak dah nervous dah . haha



dalamnya ada kad raya :D "satu ingatan yang ikhlas" tuu



"Waalaikumsalam . Selamat Hari Raya :D aku dah lama maafkan kau okay . Aku pun mintak maaf jugak tau , ye lah , aku kan menyakitkan hati :p Aku puasa cukup . InsyaAllah :) Nanti aku datang je tau , tak masuk pun . haha . Salam aidilfitri :D


Aku reply kat sini je boleh kan ? haha aku takde duit lah nak beli kad raya lepas tu pos dekat kau :p Aku nak ucap terima kasih tau untuk semua ni . Aku hargai sangat . *jeles tulisan lawa*



Plus , terima kasih untuk birthday present aku haritu . I appreciate it :) eh ada nama kau lah . haha


Sekali lagi , terima kasih . Aku terharu :'D

Next , 'kertas raya' from another person. Taknak mention nama. Pandai pandai lah baca k :p



If you are reading this , aku tak kisah apa orang kata , yang penting aku hargai sangat this little thing. Terima kasih :') speechless k speechless . haha . 


Alhamdulillah , masih ada yang care pasal aku . 





p/s: For anyone yang terdetik di hati nak kirim kad or whatever , kirim lah ya . Amboi ~

Sunday, July 14, 2013

Indah khabar dari rupa

Selepas berhempas pulas aku baca cerpen Tempang antologi novel Tingkatan 1 di depan kawan kawan aku ketika kelas tambahan yang pada awalnya dijadualkan sampai pukul 9 pagi tadi , aku bertandang ke rumah sahabat sekolah rendah aku dulu , sahabat yang boleh dianggap musuh ketat tetapi bersaing secara sihat . Bersaing secara manja dan terbimbing . Muhammad Zulqarnain bin Sujud . Well-known kerana kegeligaan nya dalam bermain catur , kepetahan , kepimpinan dan etc yang membuatkan sifat bersaing aku tercabar . Well , he got almost everything . 

Ramai kata kami kawan baik dulu ketika sekolah rendah . Hakikatnya , aku sendiri pun tak dapat beri kata putus . Dia inspirational . Tapi tak boleh lawan sifat ke'inspirational'an teacher Rosmawati , cikgu Math aku darjah 4 dan 5 . Mereka berdua datang seiring , 'mencabar' aku secara drastik . Aku tak tahu lah apa nak jadi dengan diri aku kalau Allah tak utuskan mereka untuk berada dalam kisah hidup aku . Tentu aku dah leka dan lalai . Ya Allah , betapa indahnya perancanganMu .

Back to the main point , at first , Zul berhasrat nak tengok buku karangan BM aku selepas selesai solat Jumaat , 12/7 . Realitinya , hati aku nak je menolak permintaan dia , ye lah , karangan aku pun bukan bagus mana . Plus , bahan belajar dan rujukan yang aku peroleh dari 'yang dikasihi' Cikgu Junaidah pun tak lah setanding bahan belajar Zul di sekolah nya , SMAKJ , Kluang . 


tweet aku tepat pukul 10:17 pm waktu tempatan :p


As we can see in my tweet , the word 'cemburu' is there ! Ya , keadaan yang dirancang pada mulanya , berubah sama sekali moment after aku tengok bahan belajar yang dia gunakan . Aku yang pada mulanya , ingin dijadikan tempat bergantung harap oleh Zul untuk dapat sumber yang lebih 'Bombastic' dari apa yang dia miliki , tak kesampaian . Aku yang akhirnya cemburu + terpegun melihat buku rujukan dan bahan belajar Zul . So much so , aku lah yang menebalkan muka menyalin apa saja yang tercoret dalam buku Zul . 

To make things clearer , aku bagi contoh paling mudah ; penanda wacana . Kalau di sini , di sekolah kesayangan aku , untuk memulakan karangan , aku didedahkan dengan frasa seperti 'dewasa ini' , 'sejak belakangan ini' , 'kebelakangan ini' 'marcapada' dan yang paling panjang pun 'dalam meniti arus pemodenan ini'. Tetapi di sana , di SMAKJ dan maybe sekolah 'advanced' yang lain , frasa yang paling pendek pun ; 'dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini' and so on sehingga lah yang paling menarik perhatian aku ; 'dasawarsa ini di mana sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia , kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak telah dicetuskan oleh' . Can you imagine satu frasa yang terdiri daripada 35 patah kata adalah penanda wacana ?

Itu baru satu pecahan kecil dalam BM , belum peribahasa , tatabahasa , etc . Tak lupa jugak subjek yang lain , English , Math and so on . Mengejutkan jugak bila tahu yang dia belajar 21 subjek dalam jurang waktu yang sama dengan aku . Mestilah kena geliga , kalau tak , memang terkapai kapai lah di pintu pagar sekolah , merintih ingin pulang dengan alasan , homesick . How they survive agaknya ek . Ilmu sahaja yang berada dalam minda dan hati mereka, including Zul of course .

Sedangkan ilmu aku ? Indah khabar dari rupa .