Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Choral Speaking

Pagi tadi aku baru je selesai menyertai pertandingan Choral Speaking.




Saingan memang hebat hebat dow. Tergedik-gedik macam hape. seriously memang over gila. Tapi memang itu pun yang judges nak tengok and beri markah. And finally kalah jugak.


Aku and teammate aku dah buat yang terbaik actually ., tapi rasanya tak cukup . Coz maybe terlalu banyak sangat berhenti and counting . Tambahan pulak , tak banyak gaya . 


However , makanan yang disediakan memang sedap gila ahh.,


Yang bestnya time dalam bas perjalanan pergi dan balik uw , yang pergi tak lah best sangat coz masih gementar dan gemuruh nak buat persembahan. Tapi time balik uw memang enjoy gila . Riuh gila dalam bas , radio pulak ada , time lagu2 best memang ikut jugak lah ramai2. Walaupun kalah .


Terbukak lah jugak mata and minda bila dapat jalan2 camni ni dengan fwenz. Haha best best.



Sunday, April 15, 2012

Air POP

Sekarang ni aku tengah gila air Spritzer POP .


Spritzer Pop ni minuman berkarbonat yang berperisa. Antara perisanya : 
  • Epal 
  • Berri
  • Lemon
  • Laici
  • Oren 

First time aku beli air Pop ni dekat kedai buku Popular kat BP Mall . Harga dia RM1.50 for 325ml. Botol dia cute je. Design dia pon menarik . Menarik perhatian aku juga.


Actually rasa dia sama je dengan air berperisa berkarbonat yang lain. Tapi air Pop ni kaler dia jernih je, macam air masak. Itu uniknya air ni. Walaupun my auntie ade cakap air jenis macamni dah pernah ada time dia kecik-kecik dulu , dan dah lama tak ade. 


Aku paling suka perisa epal. Macam makan epal je rasanya.

Aku yang punya. Aku amik gambar tadi.

Memang terbaik lah air Sprizer POP nih :D



Tuesday, April 10, 2012

Jack & Rose

Baru je hari tu aku tengok Titanic 3D .


Well , memang aku dah lama tunggu filem nih di 3D kan. And thanks God,  dapat jugak aku tengok.


\

3 jam 14 minit aku di dalam panggung. Memang puas dow. Macam baru tengok first jeaa. Betapalah hebatnya aura Titanic nih. 


Memang mula-2 aku nak syokkan ke-3D-an Titanic nih. Last-2 , flowing dengan ceritanya. Jyeahh, macam baru first time tengok. Lupa dengan cermin mata 3D yang aku pakai yang besar gedabak uw. Hebat lahh.



Yang annoying nya , adalah penonton kat belakang aku nih memang macam baru first time tengok. Tu aku tak kesah lahh , memang lah tak mustahil ada yang masih belum tengok filem nih. Tapi kehadiran diorang mengganggu tumpuan aku, macam2 sound effect dari dyorang. Hmm.. Saba je lahh.. Ye lahh dyorang pon bayar tiket, 


Sudah sedia maklum filem nih memang sedih.. Sedih tetap sedih. But aku still boleh tahan derr.. :P


Monday, February 27, 2012

Le tour de Langkawi

Tepat jam 11 50 pagi tadi ketika aku tekun belajar di di dalam kelas , aku disuruh keluar sekolah oleh seorang cikgu sekolah .





Tujuannya ialah nak meramaikan lagi penduduk Parit Raja yang menyambut dan memberi semangat kepada pelumba basikal "Le Tour De Langkawi." yang melalui Jalan Batu Pahat - Ayer Hitam harini.


Actually , pelumba2 sampai kol 12:30 tghari. Menunggu je lama. Ish. Tapi takpalah , lagi best. Dapat release tension kejapp jalan2 with friends, (jalan2?). 


Serius aku cakap , budak form 1 yang ikut sekali dah macam masyarakat Jakun pulakk. Sebagai senior kepada dyorang, kesian aku tengok. Terjerit sana-sini. Crazy tol lahh. Buat malu skolah jer. Nasib aku x bawak hp, kalau tak kompem aku snap, letak kat nota kecil aku nih. Ish,





Sebelum pelumba2 tu arrive, ada kereta penaja "Le tour De Langkawi " nih sampai dulu. Diorang berhenti and ada lah bagi souvenir2 untuk orang2 yang welcoming dyorang tuh. Apa lagi, berebut2 suma tak kira tua muda. Nak je aku snap. 


Ade kawan aku yang dapat topi.,  poster , milo paket 3 in1, & macam2 lagi lah. Ade kawan aku guys sorang nih dapat Kacip Fatimah paket. Haha! Tak puas hati pulak dye,Yang dye pon sengall pergi berdiri dekat depan kereta Kacip Fatimah tu sape suroh. Untung lah dyorang., aku saja jerk taknak bersesak2 nih. Tak suka. Sesak nafas . 





satu hari yang menyeronokkan ! :D












Thursday, December 29, 2011

Duit baru .

Semalam dalam perjalanan aku ke BP Mall , aku singggah kejap lah dekat satu kedai buku kat Parit Raja memandangkan adik aku sorang ni sebok nak beli novel. Hish.,

Tak semena-mena, aku terbaca suratkhabar yang dijual  kat kedai buku tu,


"Duit Baru" katanya.


Wah, duit baru akan di keluarkan Julai 2012.  Aku tengok la gambar duit tu, Cantik. Warna dia pon cantik.





On top of that, duit Rm20 akan dikeluarkan semula. Warna Oren pulak tu. Huhu !



#credit to Bernama.


Yang perempuan dalam gambar tu bukan mak aku, tapi Kakitangan Bank Negara. Setelah aku gugel, nama dia Nor Aimah Mohd Nor , 32. 



Tapi lain pulak ceritanya tang duit syiling tu.

Ye lah, aku ada terbaca satu artikel ni ,  yang mengatakan ada lambang Israel dalam syiling baru tu. Aku pun tak tahu betol ke tidak.









#think positive . wallahualam.


Sunday, December 4, 2011

Aku , Dia dan Taman tema Air

Okayp,
Mungkin tajuk entry ni agak pelik. 

Actually semalam aku melancong .. Destinasi - Asam Pedas parit Jawa , Melaka Wonderland, Jusco Ayer Keroh & RnR Pagoh.

TITIAN PERJALANAN !

Aku and family aku bergerak dari rumahku syurgaku kalau tak silap aku pukul 8:30. Ni la susah takde diari. Semalam punya cerita pun da lupa ker?? ISh2,, 


Asam pedas Parit Jawa.

Dari selatan aku bergerak ke utara. Singgah kejap dekat AsamPedasParitJawa. Lokasinya dekat parit Jawa. Memang dalam agenda pun nak singgah situ. Aku makan ikan merah masak asam pedas hasil krew2 Pak Yahya Asam Pedas. Asam pedas dia memang kaw2 lah. Sehingga menjilat ibu jari kaki kucing oii...


Pak Yahya Asam Pedas !

7 orang , 3 ikan. Wahh,, banyak kan?? Alhamdullilah ,, telah selamat berlayar dalam perut aku dan ahli famili kau yang lain. Sorry yerr.. tiada gambar ikan yang aku makan . Kalau nak jugak ambik la ikan merah hidup ni..

Just waiting to be cooked.
Selesai makan, titian perjalanan ke Melaka diteruskan . Kitorang siap makan pukul 11 suku kot. So aku expected sebelum pukul 1 da ley sampai sempadan negeri Melaka.

No caption for this picture.

Terternyata tekaan dan jangkaan aku memang tepat dan benar. 
Aku yang di dalam kereta lantas menyusur ke satu simpang tiga setelah banyak simpang tidak dihiraukan. Berhenti kejap memandangkan merah membara ditunjukkan traffic light. Then , belok kanan.


Melaka Wonderland.

Dengan menaiki kereta proton Saga, aku sampai ke sebuah kawasan yang agak, luas terbentang. Tempat parking kereta dulu yang aku sampai . Hoho! Bawak barang 2 sket dan menuju ke pintu gerbang Wonderland Melaka .

Melaka Wonderland !

Okay, masa untuk beli tiket. Macam biasa, aku tak mengeluarkan duit aku walau seposen pon coz my beloved mother will berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tiket untuk aku. Haha! Harga tiket dia agak berbaloi jugak la dengan apa yang kita dapat. Cewwahh,, aku tak keluar duitt pun,. 


Alamak , aku lebih dari 3 kaki lah ! :D

So , tiket aku harganya RM25.00. My mother said my ticket is for 11 years old. Memang susuk tubuhku yang kecil ini membuatkan banyak pekerja kaunter tiket tertipu. After my mother finished her lines , I said " Hah?!!" Hampir semua orang sekeliling aku tengok aku + dengan pandangan serupa memandang aku like " Gila ke budak ni ? " atau " Is that a monkey ? ". Dan sudah terang2 jawapannya "Tidak" okehhh,,,  

Aku pun bergerak ke satu bahagian dengan muka yang 'malu tapi mahu' untuk pasangkan bangle pada tangan. Tiket dia berupa bangle tangan. Aku masuk dan berjalan bersama famili aku ke satu tempat lagi. "Changing Block" terpampang jelas. Setelah siap bertukar, aku masuk la ke dalam kawasan. Ya , taman tema air larhh!!

Dengan muka yang berseri-seri aku melangkah walaupun pada awalnya insiden tidak diingini berlaku, So , masa untuk enjoyy!!

( Skip 5 hours )

Bersiap untuk berangkat. Progress mandi dan tukar baju takyah cerita. Keluar dari situ, hati aku puas. Tempat Annual event yang paling beshh!


Jusco Ayer Keroh 

Tak jauh dari situ ada Jusco. Aku pun jalan2 kat situ. Makan McDonalds yang seronok. Aku makan Spicy Chicken McDeluxe hasil pembelanjaan my auntie. Nikmat woo,! Thanks Makdik. 


RnR Pagoh

Untuk pulang ke Parit Raja ,Batu Pahat, lalu la Lebuhraya utara selatan. Agenda untuk aku, tidur . :D .
Bangun2 aku dikejutkan , Alhamdulillah aku masih hidup. Aku kat mana? Aku kat dalam jasad aku lah. Oh, RnR Pagoh. Kat situ aku tak buat pape, minum teh tarik segelas. uppss,, perbuatan la jugak tu kan,? Balik la.


Summary:

Hargailah keluarga anda selagi mereka masih menganggap anda keluarga. Peace Yawr! :P