Showing posts with label Malaysian. Show all posts
Showing posts with label Malaysian. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Mathmathmath

Pagi tadi ada seorang lecturer pakar matematik buat sesi soal jawab dengan student .




Dia jugak ada terangkan mana asal usul ilmu matematik . Dan dia terang bukan main panjang lebar dengan terperinci . Banyak ilmu yang aku dapat dari dia. 


Actually ilmu matematik ni bermula dari manusia pertama di muka bumi ni, nabi Adam lagi. Dan di bawa daripada satu zaman ke satu zaman dan pengembang nya ialah nabi Idris . 


Orang barat tukar nama nabi Idris ni kepada Hermis . Dan kebanykan ahli falsafah matematik barat menyalin formula atau terma2 Hermis such as Pythagoras dan lain2. Dan Hermis itu adalah nabi Idris. 


Tapi dek kepintaran orang barat , dyorang berjaya menyelewengkan pandangan manusia bahawa orang2 barat mencipta sendiri formula dan terma bagi matematik sedangkan mereka tidak. 





#ilovemath :D







Friday, April 13, 2012

Susah

Susah kan kalau ada kawan yang sentiasa rasa yang dia je yang betul.


Actually orang-2 macamni ada masalah hidup atau konflik yang dalam situasi itu , mereka gagal atau kalah ( negative side) . Mereka tak sanggup nak tanggung seorang 'kekalahan itu' lalu dia ingin always win in another situation. Ataupun , personaliti seseorang itu yang sudah sedia ada tidak mahu kalah. 


Kalah yang aku maksudkan kat sini ialah dari sudut psikologi. Perasaan dan hati. Ia bukan lah kekalahan yang di sebabkan oleh kemenangan mutlak seseorang seperti dalam contest . Ia perasaan yang sama ada sedar atau tidak sedar disedari oleh kedua belah pihak. Amboi !


Menyakitkan hati rasanya bila apa saja yang aku cakap dia sanggah. Di perlekeh. Kemudian di sambut dengan kata-2 yang memalukan seakan-akan memperbodohkan aku. Memanglah dia tak rasa apa yang kita rasa. Tapi setiap patah perkataan yang dia sebut , menunjukkan dialah insan paling mulia dan orang lain yang di sekililing dia ni bagi die juz sampah and useless.


Adakah dia tak sedar yang dah ramai kawan2 aku juga tersinggung dengan sikap dia. Ada juga yang dah pinggirkan dia. Dia tetap begitu . Semakin menjadi-2 pulak tuh. Aku bukanlah apa , bukan niat nak mengutuk insan itu , tapi ini luahan hati aku . Seriously , aku tak suka benda2 kecil diperbesar2kan as big as masalah negara pulak. I don't understand with this kind of people.!


Tapi kalau dah memang jis natural talent sebegitu , kita tak boleh ubah. Juz him and himself yang boleh ubah sikap dia tuh. Maybe ambik masa , tapi harap -harap begitu lah sebab aku pon tak tahan. Stress aku dibuatnya.


Thats all . Assalamualaikum. :D









Wednesday, April 11, 2012

ABPBH 2011

Belum terlambat rasanya untukk aku nak nak cerita pasal ABPBH yang ke 25 hari Ahad haritu.



Dan seperti biasa aku dengan setia duduk mengadap Tv untuk tak terlepas Anugerah-2 berprestij nih. 


Selepas satu dan satu anugerah disampaikan dengan diselangi dengan persembahan hebat , sampai jugak Anugerah Bintang Paling Popular . Hell yeah , seperti di sangka , Aaron Aziz bintang paling popular. 


Tapi time tu , sape-2 pon boleh menang sebenarnya. Bagi aku , kemenangan ni just kemenangan. Walaupun ramai pihak yang mempertikaikan kemenangan beliau termasuklah Zed Zaidi di Twitternya. 


Actually , yang paling best dan tak di sangka-sangka Fizz Fairuz boleh menang Pelakon Tv Popular. Sedangkan beliau sendiri pon tak sangka yang beliau menang. Terpinga-pinga dia masa disebutkan namanya. Kat atas pentas pon tak tau nak cakap apa.  



Dan yang paling best , pelawak duo yang aku minat , Jozan , masing- masing dapat anugerah. Johan dapat Pelawak Lelaki Popular . Zizan Pengacara Tv Lelaki Popular. Baru lah adil. Sekurang-kurangnya diorang taklah melebihi antara satu sama lain. Tak gitu??




ABPBH memang gempak lahh !


Wednesday, March 14, 2012

Mat Luthfi

Kali ni aku nak cerita pasal seorang youtubers yang popular sekarang neh.



Yes  , he is Mat Luthfi. 


Maybe ramai jugak yang dah kenal dia neh . Of course sebab video dia . Video dia memang best. Simple, kreatif dan bermesej. Tambahan pulak muka dia yang jambu tu, macam Eunhyuk Super Junior pon ade. Ramai peminat die dari kalangan perempuan.





Mat Luthfi ni seorang student dekat Australia. Kebanyakan video yang dia upload die rakam kat sana. Bahasa Inggeris die cukup baik. Ye lah, belajar dekat luar negara kann? Although, die dah fasih English, loghat utara dia masih tidak hilang . Lenggok utara tu masih pekat. 





Ramai yang cakap video kat bawah ni video yang terbaik dari beliau. :D




Banyak lagi video dia yang aku tak letak kan kat blog aku nih. Well, sesak lah nanti.. :P



Pernah jugak aku terfikir nak buat video macamni juz after aku tgok video mat luthfi nih, tapi bila aku pikir balik , boleh ke aku wat video yang simple, kelakar , tapi bermesej dan memberi kesan kepada sang penonton.. Susah weyh,. Mat Luthfi je boleh buat. :D















Monday, February 27, 2012

Adnan Sempit 2.

Hahahaha. ( Belum cerita dah gelak )



Baru jer kelmarin aku tgok filem ni kat panggung Kluang Mall. Serius Pecah Perut.

Selepas kejayaan Adnan Sempit dengan kutipan RM 8 juta. Adnan Sempit 2 nih memang  dinantikan ramai. 


Sinopsis 


Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?
(Sumber: Google )

Trailer






Data


Filem :  Adnan Sempit 2
Genre:  Komedi Aksi
Arahan: Ismail Bob Hasim
Pelakon: Shaheizy Sam , Intan Ladyana Yana Samsudin, Along Cham, 
Tayangan : 23 Februari 2012





Citer ni memang best. :D








Tutti Frutti .

Okayh,




Kisahnya aku haritu pergi makan Tutti Frutti Frozen Yogurt dekat Batu Pahat with my aunties. Dan itu kali kedua aku pergi. 



Trip aku yang pertama aku ke frutti ni, aku ambik perisa vanilla dan coklat. Topping biskut oreo..Test dulu lahh. First time lah katakan. Kena RM9 .

Trip yang kedua ni pulak aku ambik perisa vanilla dan kiwi. Still with Vanilla. Topping pown tetap oreo.
Taknak ambik risiko takut tak sedap. This time, RM11. Wahh, meningkat!


"You pay what you want" . Sebab Tutti Frutti ni pakai sistem timbang. "RM0.53 for 10 gram". Aku rasa harga  tu berbaloi dengan rasa dan kualiti yang diberikan. 




Sokayy lah aku makan juz RM 11 jer.. Ada aku buat pemerhatian , ade orang makan sampai RM45 lebeyh semangkuk. Wahh! 



Anyway , Tutti Frutti memang sedapp ! :D 












Tuesday, December 27, 2011

Maharaja Lawak Mega Final

Okey okey okey okey okey, , ,




Kali ni aku nak cerita pasal rancangan realiti, Maharaja Lawak Mega @ astroWarna. Jumaat , 10 malam. Mengumpulkan pelawak2 dari 3 buah negara, Malaysia , Indonesia , Singapura. MLM ni kira high class sikit la daripada Maharaja Lawak beberapa bulan lalu.



Berbalik kepada MLM ,  reality tv ni da mula kira-kira 9 minggu lepas memandangkan dah 9 minggu pelawak2 yang terlibat bertanding. So, Jumaat ni adalah Final. 30 . 12 . 2011. Setelah sekian lama menunggu , akhirnya sampai juga final.

List peserta masuk final :

Osbon


Boboi


Saehu


Syok 

#pic MLM : credit to murai.com.my


Dan Tagline 3 negara itu akhirnya dapat juga di bawa hingga ke peringkat akhir. Planned or not planned itu mungkin pihak Astro je yang tahu. Tapi nak kena la jugak jaga hati negara serumpun yang terlibat. Tak gitu?


Aku rasa saingan sengit antara Boboi and Osbon coz diorang ada cara tersendiri. Boboi dengan watak pentas yang fresh dan baru - Boboi-yot ( Afdhlin ) & Boboi-uwa ( Harun ) . Boyot dan tua. Haha ! 





Osbon dengan Os sebagai a good feeder & Abon sebagai a thrill killer . Tapi tetap balance persembahan diorang.  Aku boleh anggap Osbon sebagai underdog dalam pertandingan ni and boleh buat 'boom!' if compared wif their ages. Tak hairan lah sebab Os pernah menyerlah dalam dunia seni tanah air suatu ketika dahulu. Hero filem lagi ngko!




Tapi macam2 boleh jadi dalam realiti Tv camni. Samaada ia well-planned atau last minute-mindchanging. Itu kita tak tau lah. Ish2, aku ni dah jadi macam gossipper pulakk ! Berangan ! :D







#actually umah aku takde astro, aku tengok mlm kat rumah sebelah. yeah !!!