Showing posts with label Pendapat aku. Show all posts
Showing posts with label Pendapat aku. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

KONY2012

Dah lama sebenanye aku nak buat entry pasal ni.


Kony2012 ? What is this ? Actually , this is a video on Youtube uploaded by 'invisiblechildreninc' . Dan ia bukan sekadar video yang hanya video . Ia inspirasi . Ia eksperimen . Dan aku mengakui aku terkesan dengan video ni. 




Hell yeah , it's 30 minutes long. Maybe agak lama bagi sesetengah video on youtube. Full english tapi ada caption . 


Seperti yang aku katakan tadi , ia bukan hanya sekadar video , ia agenda antarabangsa yang tak ramai tahu. Maybe it's hard untuk kita menerima such thing like this yang bagi sesetengah orang just pandang sebelah mata dan tak ambil kisah langsung. Mereka hanya memikirkan hal sendiri tanpa melihat sekeliling sedangkan mereka berada di tempat yang sama. Planet Earth. 


Kekejaman yang berlaku sekarang actually sukar nak di bendung. Maybe all of us kisah , tapi hanya kisah , but do not take action of that. We just like " Kesiannya " atau " Apa yang aku mampu buat , mereka jauh ". Majoriti akan berkata sedemikian. Tapi dari sudut pandang aku , betapa kecil sekalipun benda yang kita buat , ia akan memberi kesan . Bukan hanya pada kita , entire world .


As we all know lah , kekejaman bukan hanya berlaku jauh dari diri kita. Sekililing kita sekarang ni penuh dengan kekejaman , . Kita ambil skop yang lebih kecil like kes culik dekat Malaysia ni. Saban hari kita dikejutkan dengan kes-2 sebegini rupa. Semakin menjadi-jadi. So, what we have to do ? Menunggu orang lain untuk menyelesaikan masalah ini. Apa akan jadi kalau every single person dekat Malaysia ni mengharapkan orang lain to solve this problem . It will be an endless problem. 


Back to the video , aku nak terangkan serba sedikit lah pasal Kony. Joseph Kony adalah seorang yang jahat yang berada di benua Afrika dekat Sudan , Uganda dan sekitarnya under LRA. Untuk pengetahuan semua , dia menculik budak-2 untuk jadikan tentera mereka. Mereka bagi pistol kat bebudak lelaki and force them to kill their parents. Menjadikan bebudak perempuan 'Sex slaves' untuk tentera mereka. Secara tidak langsung, kuasa Joseph Kony semakin besar kerana perbuatan itu sendiri. 


Yang aku kagumnya ialah tentang organization yang ditubuhkan setelah pemerhatian dan azam since 2003 lagi. Invisiblechildren yang upload video ni lah yang bertanggungjawab atas agenda ini dan semakin luas pengaruhnya terhadap penduduk dunia. Yeah , betapa prihatinnya penduduk dunia. Organization ni lihat dengan mata diorang sendiri dan do something untuk menentang kejahatan. Dengan azam mereka dahulu. Kita dapat rasa sekarang . Maybe aku dan semua yang dah tengok video Kony2012 ni.


Highly recommended to watch this video. It may give you an impact. Maybe setengah jam yang akan memberi kesan yang besar dalam kehidupan. Depends on you lahh..


Sudah cukup rasanya aku menaip panjang berjela . Assalamualaikum. :D


Wednesday, March 14, 2012

Mat Luthfi

Kali ni aku nak cerita pasal seorang youtubers yang popular sekarang neh.



Yes  , he is Mat Luthfi. 


Maybe ramai jugak yang dah kenal dia neh . Of course sebab video dia . Video dia memang best. Simple, kreatif dan bermesej. Tambahan pulak muka dia yang jambu tu, macam Eunhyuk Super Junior pon ade. Ramai peminat die dari kalangan perempuan.





Mat Luthfi ni seorang student dekat Australia. Kebanyakan video yang dia upload die rakam kat sana. Bahasa Inggeris die cukup baik. Ye lah, belajar dekat luar negara kann? Although, die dah fasih English, loghat utara dia masih tidak hilang . Lenggok utara tu masih pekat. 





Ramai yang cakap video kat bawah ni video yang terbaik dari beliau. :D




Banyak lagi video dia yang aku tak letak kan kat blog aku nih. Well, sesak lah nanti.. :P



Pernah jugak aku terfikir nak buat video macamni juz after aku tgok video mat luthfi nih, tapi bila aku pikir balik , boleh ke aku wat video yang simple, kelakar , tapi bermesej dan memberi kesan kepada sang penonton.. Susah weyh,. Mat Luthfi je boleh buat. :D















Monday, February 27, 2012

Adnan Sempit 2.

Hahahaha. ( Belum cerita dah gelak )



Baru jer kelmarin aku tgok filem ni kat panggung Kluang Mall. Serius Pecah Perut.

Selepas kejayaan Adnan Sempit dengan kutipan RM 8 juta. Adnan Sempit 2 nih memang  dinantikan ramai. 


Sinopsis 


Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?
(Sumber: Google )

Trailer






Data


Filem :  Adnan Sempit 2
Genre:  Komedi Aksi
Arahan: Ismail Bob Hasim
Pelakon: Shaheizy Sam , Intan Ladyana Yana Samsudin, Along Cham, 
Tayangan : 23 Februari 2012





Citer ni memang best. :D








Thursday, December 1, 2011

Lagu Malaysia

Baru2 ni aku ada bukak stesen radio "yang memainkan muzik hit yang terbaik". Ntah apa mimpi aku nak tukar frekuensi radio rumah aku tuh,, selalunyerr aku dengar " muzik retro terbaik" jerr,,
tapi bukan tu yang nak aku ceritakan sebenarnya,,

Lepas tu aku ada dengar la beberapa lagu tempatan yang sedap didengar,, melodi yang indah,, tapi. Bila aku hayati lirik lagu2 tu betul-betul,. ish , payah nak cakap oii,,

kita mula dengan lagu aliff satar , lelaki seperti aku.
kalau x pernah dengar,, dengarkan,





Taknak dengar pun takpe. Forward jerr.
Okayh,, time chorus die , lirik die camnie,

Oh baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik 
Ku percaya kamu baik 
Ku yakin pasti ada 
Lelaki yang tertarik
...

Okay cukup !! Yang aku musykil nya ialah,, kalau lelaki tu tolak, mengapa dia harus panggil baby?? Perempuan tu lagi la suka,, siap puji pujian belaka terhadap perempuan tue,, hina , caci dan maki la sepatutnyerr.. buat perempuan tu benci,, atau mungkin nak ambil hati je kot,, watever larr,, haha!! Panggil la fomfuan tue Beruk ke hape ke,, Just like this:

Oh beruk beruk 
Jangan kau marah sebab ku tolak
ku tahu kamu hodoh
ku percaya kau bodoh
ku yakin pasti ada 
beruk jantan yang tertarik
...

It should be like that kan?? :D ..Crazy laa.. Haha!
 Lagu ni kalau masuk Muzik-Muzik atau AIM,, kompom menang.. juri semua tonggang terbalik dari kerusi ,, :D

Ambik beruk sekor,,

Oh beruk Jangan kau marah :D

Okay,, next song!!

Berdua Bersatu by Forteen.





Okayp,,
Straight to the chorus yerkk,,




Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
~
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Okay,, lagu ni menceritakan tentang seorang lelaki,, maybe lelaki sebab yang nyanyi lelaki, tapi  mungkin lagu ni subjektif n tidak terlalu dispesifikasikan kepada siapa yang ditujukan,, lelaki mahupun perempuan .. Cewwahh!! 

Memang  lirik lagu ni terutamanya tang korus tue menunjukkan pengorbanan yang tinggi yerr,, susah nak dapat seseorang yang mampu buat camtu semata-mata kerana nak bersatu,, mean dekat di hati la,,

Tapi masalahnya lirik lagu ni menonjolkan unsur 'hyperbola' yang terlalu hyper.! Kalu nak diterima dek akal memang payah.  

Hyperbola dan bolasepak tiada kena mengena. :D

Aku akan huraikan apa yang akan terjadi jika lirik korus lagu ini dilakukan di dunia sebenar., renung renungkan,.. dan selamat beramal. :)


Jika denganmu salah 
ku tak mahu yang benar            = Bodoh

Jika denganmu rebah
biarlah ku tercalar                     = Luka

Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu    = Terbang dan mati

Jika denganmu kabur 
Ku tak mahu yang jelas             =   Rabun

Jika denganmu hanyut 
Biarlah aku lemas                      =   Mati (2)

Walau dilanda ribut 
Ku sanggup kerna ku mampu    =   Mati (3)

Okayp,, Summary.:

( Bodoh + Luka + Rabun + Mati 3X ) = Berdua Bersatu

p/s : The one in the bracket must be settled first.


So di atas itu adalah formula untuk memastikan bahawa berdua boleh menjadi bersatu..
Satu dalam percintaan.
Tetapi ada lagi Satu yang penting
Satu apa? 

Satu kali satu ,  satu !

Dua kali satu ,  dua ! 

# ilovemath!

Okayp,, rasanya sudah cukup aku merapu di sini, apaapapun , kita mestilah menyokong Industri Muzik tanah air kita , dan aku sebagai Malaysian boy, aku bangga jadi rakyat Malaysia.. Malaysia Boleh!! :D