Showing posts with label Only me. Show all posts
Showing posts with label Only me. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Adil kah ?

Pernah juga aku terfikir adil kah aku . Dalam ketidakpuashatian aku kerana ramai yang tidak adil dengan aku , aku sedar siapa aku dan adil kah aku . 


Berduyun - duyun masalah datang kat aku sekarang . Aku faham dan aku redha kerana masalah akan hilang kalau kita selesaikan . Kalau punca masalah itu pun kita tak tahu , macammana nak selesaikan . Lebih-2 lagi masalah tu datang dari orang lain dan berahsia dengan kita . Dan yang menanggung masalah itu adalah aku dan bukan dia . Adil kah ?


Kita tak buat sesuatu benda tu , tapi orang lain sibuk kata kita buat . Rimas kan ? Sikit-2 tu boleh lah . Tapi kalau dah banyak sangat sampai bingit telinga dengar memang lah hati panas der . Orang yang tak tahu dan mendengar bukan nya nak selidik betul-2 pon coz dyorang pon malas nak sibuk hal orang sedangkan mereka sedang menyibuk . Ia jadi satu rangkaian . Invisible chain . Tak semena-mena aku di tuduh bukan-2 . Benda baik takpe lah jugak . Adil kah?


Menilai seseorang tanpa soal selidik jugak menjadi masalah bagi aku . Bukan niat aku nak bermasam muka atau tidak bertegur sapa dengan seseorang . Zaman millenium sekarang ni susah nak cari seseorang yang menegur random people yang dia pon tak kenal . Memang lah perbuatan tu mulia dan di tuntut kerana memberi salam bukan hanya pada yang kita kenal sahaja , malah lebih mulia jika sesiapa sahaja yang kita hendak kerana ianya adalah doa . Kalau kita tegur atau bagi salam , diorang buat muka pelik . Tak semena-mena aku di label sebagai sombong  . Adil kah ?


Memikirkan karenah dan sikap manusia yang penuh misteri memang tak akan habis. Lebih baik aku ubah diri aku dulu daripada tidak adil kepada seorang yang adil. Dan aku harap tiada orang yang tidak senang dengan aku. Maybe it will be just a hope , kerana manusia tidak pernah puas menuding jari menyalahkan orang lain. Dan aku mengaku aku pun begitu . Sudah menjadi lumrah . 


# Time to change myself .






Friday, April 13, 2012

Susah

Susah kan kalau ada kawan yang sentiasa rasa yang dia je yang betul.


Actually orang-2 macamni ada masalah hidup atau konflik yang dalam situasi itu , mereka gagal atau kalah ( negative side) . Mereka tak sanggup nak tanggung seorang 'kekalahan itu' lalu dia ingin always win in another situation. Ataupun , personaliti seseorang itu yang sudah sedia ada tidak mahu kalah. 


Kalah yang aku maksudkan kat sini ialah dari sudut psikologi. Perasaan dan hati. Ia bukan lah kekalahan yang di sebabkan oleh kemenangan mutlak seseorang seperti dalam contest . Ia perasaan yang sama ada sedar atau tidak sedar disedari oleh kedua belah pihak. Amboi !


Menyakitkan hati rasanya bila apa saja yang aku cakap dia sanggah. Di perlekeh. Kemudian di sambut dengan kata-2 yang memalukan seakan-akan memperbodohkan aku. Memanglah dia tak rasa apa yang kita rasa. Tapi setiap patah perkataan yang dia sebut , menunjukkan dialah insan paling mulia dan orang lain yang di sekililing dia ni bagi die juz sampah and useless.


Adakah dia tak sedar yang dah ramai kawan2 aku juga tersinggung dengan sikap dia. Ada juga yang dah pinggirkan dia. Dia tetap begitu . Semakin menjadi-2 pulak tuh. Aku bukanlah apa , bukan niat nak mengutuk insan itu , tapi ini luahan hati aku . Seriously , aku tak suka benda2 kecil diperbesar2kan as big as masalah negara pulak. I don't understand with this kind of people.!


Tapi kalau dah memang jis natural talent sebegitu , kita tak boleh ubah. Juz him and himself yang boleh ubah sikap dia tuh. Maybe ambik masa , tapi harap -harap begitu lah sebab aku pon tak tahan. Stress aku dibuatnya.


Thats all . Assalamualaikum. :D









Thursday, March 8, 2012

Happy Women's Day .. !

Hari ni adalah  Hari Wanita Sedunia. : D




So, kepada wanita seluruh dunia, aku ucapkan Happy Women's Day ! Especially for women around me , yang terlibat dalam hidup aku nih. Yang banyak berjasa pada aku, my mother. Tak lupa juga kepada yang pernah bagi aku masalah dan konflik dalam hidup aku. Yang pernah buat aku jatuh cinta. Haha!






Wishing you a day thats just like you really special. Thanks to all women :D







Monday, December 5, 2011

Kotak Hati - Hujan

Hy,

Current Favorite Song. !
Dibuai perasaan~ :D















Kotak Hati by Hujan


tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu disetiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku tahu apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
kubiarkan kau terbang 
terang terang 
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

berbaring kita renung ke bulan 
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua 
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

terang terang
bersama rasa sayang 
ku biarkan kau terbang 
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimipi 
yang tak kembali 
aku janji
janji takkan pergi 

tak usah kau terangkan ku tahu 
potret wajahmu disetiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi.



Walaupun hati kita tidak berbentuk kotak , kumpulan Hujan tetap berdegil untuk menamakan lagu ni Kotak Hati . Ha? Taklah. Gurau je.! Yang penting lagu ni best ape! :D


Thursday, December 1, 2011

Perasmian

Okayh,
Salam dihulur pembuka bicara



Seperti blogger2 yang lain,, blog aku ni adalah hasil luahan hati , cetusan idea dan lintasan ilham aku yang akan di coretkan dengan rasminya, Segala yang aku lalui akan ku catitkan di sini bersesuaian dengan nama vlog aku nih. Terima kasih Blogger.com! :D

Ikhsan Cik Google

So untuk first post ni , x payah la rasanya nak menaip panjang berjela. Takut ada orang tak suka. Okay,, thats all yerk..,