Showing posts with label Family first. Show all posts
Showing posts with label Family first. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Jack & Rose

Baru je hari tu aku tengok Titanic 3D .


Well , memang aku dah lama tunggu filem nih di 3D kan. And thanks God,  dapat jugak aku tengok.


\

3 jam 14 minit aku di dalam panggung. Memang puas dow. Macam baru tengok first jeaa. Betapalah hebatnya aura Titanic nih. 


Memang mula-2 aku nak syokkan ke-3D-an Titanic nih. Last-2 , flowing dengan ceritanya. Jyeahh, macam baru first time tengok. Lupa dengan cermin mata 3D yang aku pakai yang besar gedabak uw. Hebat lahh.



Yang annoying nya , adalah penonton kat belakang aku nih memang macam baru first time tengok. Tu aku tak kesah lahh , memang lah tak mustahil ada yang masih belum tengok filem nih. Tapi kehadiran diorang mengganggu tumpuan aku, macam2 sound effect dari dyorang. Hmm.. Saba je lahh.. Ye lahh dyorang pon bayar tiket, 


Sudah sedia maklum filem nih memang sedih.. Sedih tetap sedih. But aku still boleh tahan derr.. :P


Thursday, March 8, 2012

Happy Women's Day .. !

Hari ni adalah  Hari Wanita Sedunia. : D




So, kepada wanita seluruh dunia, aku ucapkan Happy Women's Day ! Especially for women around me , yang terlibat dalam hidup aku nih. Yang banyak berjasa pada aku, my mother. Tak lupa juga kepada yang pernah bagi aku masalah dan konflik dalam hidup aku. Yang pernah buat aku jatuh cinta. Haha!






Wishing you a day thats just like you really special. Thanks to all women :D







Monday, February 27, 2012

Adnan Sempit 2.

Hahahaha. ( Belum cerita dah gelak )



Baru jer kelmarin aku tgok filem ni kat panggung Kluang Mall. Serius Pecah Perut.

Selepas kejayaan Adnan Sempit dengan kutipan RM 8 juta. Adnan Sempit 2 nih memang  dinantikan ramai. 


Sinopsis 


Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?
(Sumber: Google )

Trailer






Data


Filem :  Adnan Sempit 2
Genre:  Komedi Aksi
Arahan: Ismail Bob Hasim
Pelakon: Shaheizy Sam , Intan Ladyana Yana Samsudin, Along Cham, 
Tayangan : 23 Februari 2012





Citer ni memang best. :D








Tutti Frutti .

Okayh,




Kisahnya aku haritu pergi makan Tutti Frutti Frozen Yogurt dekat Batu Pahat with my aunties. Dan itu kali kedua aku pergi. 



Trip aku yang pertama aku ke frutti ni, aku ambik perisa vanilla dan coklat. Topping biskut oreo..Test dulu lahh. First time lah katakan. Kena RM9 .

Trip yang kedua ni pulak aku ambik perisa vanilla dan kiwi. Still with Vanilla. Topping pown tetap oreo.
Taknak ambik risiko takut tak sedap. This time, RM11. Wahh, meningkat!


"You pay what you want" . Sebab Tutti Frutti ni pakai sistem timbang. "RM0.53 for 10 gram". Aku rasa harga  tu berbaloi dengan rasa dan kualiti yang diberikan. 




Sokayy lah aku makan juz RM 11 jer.. Ada aku buat pemerhatian , ade orang makan sampai RM45 lebeyh semangkuk. Wahh! 



Anyway , Tutti Frutti memang sedapp ! :D 












Sunday, December 4, 2011

Aku , Dia dan Taman tema Air

Okayp,
Mungkin tajuk entry ni agak pelik. 

Actually semalam aku melancong .. Destinasi - Asam Pedas parit Jawa , Melaka Wonderland, Jusco Ayer Keroh & RnR Pagoh.

TITIAN PERJALANAN !

Aku and family aku bergerak dari rumahku syurgaku kalau tak silap aku pukul 8:30. Ni la susah takde diari. Semalam punya cerita pun da lupa ker?? ISh2,, 


Asam pedas Parit Jawa.

Dari selatan aku bergerak ke utara. Singgah kejap dekat AsamPedasParitJawa. Lokasinya dekat parit Jawa. Memang dalam agenda pun nak singgah situ. Aku makan ikan merah masak asam pedas hasil krew2 Pak Yahya Asam Pedas. Asam pedas dia memang kaw2 lah. Sehingga menjilat ibu jari kaki kucing oii...


Pak Yahya Asam Pedas !

7 orang , 3 ikan. Wahh,, banyak kan?? Alhamdullilah ,, telah selamat berlayar dalam perut aku dan ahli famili kau yang lain. Sorry yerr.. tiada gambar ikan yang aku makan . Kalau nak jugak ambik la ikan merah hidup ni..

Just waiting to be cooked.
Selesai makan, titian perjalanan ke Melaka diteruskan . Kitorang siap makan pukul 11 suku kot. So aku expected sebelum pukul 1 da ley sampai sempadan negeri Melaka.

No caption for this picture.

Terternyata tekaan dan jangkaan aku memang tepat dan benar. 
Aku yang di dalam kereta lantas menyusur ke satu simpang tiga setelah banyak simpang tidak dihiraukan. Berhenti kejap memandangkan merah membara ditunjukkan traffic light. Then , belok kanan.


Melaka Wonderland.

Dengan menaiki kereta proton Saga, aku sampai ke sebuah kawasan yang agak, luas terbentang. Tempat parking kereta dulu yang aku sampai . Hoho! Bawak barang 2 sket dan menuju ke pintu gerbang Wonderland Melaka .

Melaka Wonderland !

Okay, masa untuk beli tiket. Macam biasa, aku tak mengeluarkan duit aku walau seposen pon coz my beloved mother will berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tiket untuk aku. Haha! Harga tiket dia agak berbaloi jugak la dengan apa yang kita dapat. Cewwahh,, aku tak keluar duitt pun,. 


Alamak , aku lebih dari 3 kaki lah ! :D

So , tiket aku harganya RM25.00. My mother said my ticket is for 11 years old. Memang susuk tubuhku yang kecil ini membuatkan banyak pekerja kaunter tiket tertipu. After my mother finished her lines , I said " Hah?!!" Hampir semua orang sekeliling aku tengok aku + dengan pandangan serupa memandang aku like " Gila ke budak ni ? " atau " Is that a monkey ? ". Dan sudah terang2 jawapannya "Tidak" okehhh,,,  

Aku pun bergerak ke satu bahagian dengan muka yang 'malu tapi mahu' untuk pasangkan bangle pada tangan. Tiket dia berupa bangle tangan. Aku masuk dan berjalan bersama famili aku ke satu tempat lagi. "Changing Block" terpampang jelas. Setelah siap bertukar, aku masuk la ke dalam kawasan. Ya , taman tema air larhh!!

Dengan muka yang berseri-seri aku melangkah walaupun pada awalnya insiden tidak diingini berlaku, So , masa untuk enjoyy!!

( Skip 5 hours )

Bersiap untuk berangkat. Progress mandi dan tukar baju takyah cerita. Keluar dari situ, hati aku puas. Tempat Annual event yang paling beshh!


Jusco Ayer Keroh 

Tak jauh dari situ ada Jusco. Aku pun jalan2 kat situ. Makan McDonalds yang seronok. Aku makan Spicy Chicken McDeluxe hasil pembelanjaan my auntie. Nikmat woo,! Thanks Makdik. 


RnR Pagoh

Untuk pulang ke Parit Raja ,Batu Pahat, lalu la Lebuhraya utara selatan. Agenda untuk aku, tidur . :D .
Bangun2 aku dikejutkan , Alhamdulillah aku masih hidup. Aku kat mana? Aku kat dalam jasad aku lah. Oh, RnR Pagoh. Kat situ aku tak buat pape, minum teh tarik segelas. uppss,, perbuatan la jugak tu kan,? Balik la.


Summary:

Hargailah keluarga anda selagi mereka masih menganggap anda keluarga. Peace Yawr! :P