Monday, December 19, 2011

Risau.

Assalamualaikum.

Isu banjir kian menjadi buah mulut orang ramai hujung2 tahun macamni,. Hujung tahunn kalau takde banjir macam tak lengkap satu tahun tu., dan sekarang melengkapkan tahun 2011 yang menghampiri penghujung ni,,


Hampir setahun sudah berlalu..

Seperti biasa, negeri negeri pantai timur yang menerima musibah ni dulu. Kelantan , Terengganu dah pun banjir. Dah turun ke Pahang tak silap aku. Sebahagian Johor dah banjir jugak ,. Batu Pahat belum lagi .


Memahat batu. 

Tapi dah dekat 2 hari hujan tak berenti kat Parit Raja ni. Ya, aku pun dapat idea nak post entry ni pun sebab hujan tak berhenti ni la, . Kawasan aku ni tengah tunggu giliran air nak melimpah je. Tu yang aku n jiran2 sekitar risaukan,.


Hujan ???

Amaran banjir dah dikeluarkan . Tapi kadang2 banjir ni disalah tafsirkan oleh kanak2 . Ya,, terutamanya yang macam kat kampung ni.. susah nak nampak swimming pool . Selalu kat parit je, sempit gaknye. Time banjir ni,, kan luas. Puas.


Ni bukan anak orang , ni bapak orang !


Tapi sekarang orang2 kampung macam aku ni , dah educated semuanya. Dah banyak pendedahan . Dapat laptop free la.. WiFi, broadband. Kalau takde internet pun kat rumah , boleh pergi kedai mamak berdekatan. Untung2 dapat tengok football match live jugak. 


Logo ni familiar at Kedai Mamak


 Peace Yawr !




Saturday, December 17, 2011

iPhone 4S

Okayh semua,

Post kali ni lain dari yang lain sikit. Jangan terkejut dulu..

Straight to the point, dunia digemparkan dengan berita iPhone 4S released . Yeah ! Semua tawu kan apa benda nih.?


Change and again.


Well , tak silap aku dah 1 tahun 4 bulan iPhone 4 released.

Just change.


Banyak perbezaan antara new released version of iPhone 4S ni dengan yang previous version, :


*  IOS version 5 
*  1Ghz dual core ARM Cortex A-9 processor  ( Oh yeah ! )
*  16GB, 32GB + 64GB  ( Gila kentang ! )
*  8MP camera 
*  Face-detection camera function  ( Apa main detect2 muka nii ?? )
*  iCloud ( Awan saya ? )
*  Video quality up to 1080p HD  ( Ingat orang nak beli la ? )


Sebenarnya info di atas ni hasil penggugelan tapi tak copy and paste la. Ye ? Ape? Taip sendiri la weyy,, takkan la nak habiskan malas tu arini je,, simpan buat esok la,, :D


Dia ni pemalu orangnya.

Tapi pasal gambar. Credit to owner pic yang asal .  Ada sesetengah juga gambar yang originally from me. But maybe just a little part. 


Semua orang ada hak. Kan ?

Back to the root, Aku takde terpikir langsung pun nak memunya an iPhone 4S nih. Bukan sebab harga atau faktor usia. ( Usia ? ) . Entahlah. Aku rasa tak perlu. Ye lah , kita kena tahu bezakan antara Keperluan dan Kemahuan atau  Needs or Want . Tapi in this case, aku tak perlu dan tak mahu. So?


Orange is my favourite colour.


Its a fact . Right ?


However, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. WallahuAlam

Tuesday, December 13, 2011

Lack of Idea.




Dah lama tak meng-update blog aku ni. Kesian.

Punca?  Yes, lack of Idea. Whats that ? Kekurangan idea. Itu masalah aku sekarang. Ya, aku masih tercari-cari rentak dan hala tuju blog aku ini yang rasanya tidaklah sekreatif blog2 lain. Aku masih mencuba.


Kreatif la sangat.

Habis sel sel otak aku dikerah untuk mendapatkan idea atau point untuk aku kembangkan menjadi entry dalam blog aku. Aku cuba untuk " fikir di luar kotak" . What that? Pepatah Inggeris? Oh, come on, Bahasa Melayu pun tergagap gagap nak cakap English.


Is this?

Aku selalu menggunakan gambar untuk memberi kesimpulan kepada satu perenggan yang aku tulis. Often. Aku suka cara tu. Yeah! Mungkin cara tu berkesan bagi orang yang tak suka membaca. Mungkin juga untuk spice up blog aku ni so tak lah tulisan saja. 


U have to read if  U want to understand the logo above.


Akhirnya Kekurangan idea aku mencetuskan idea untuk menulis tentang kekurangan idea aku. Haha! 



Credit to my brain anyway. :D



Sunday, December 11, 2011

Rasa nak buka hijab ?

Baru je arytu aku tengok filem Al-Hijab .



Aku tengok filem ni kat Youtube je, . Nape ? Illegal ekh? Okay2 tanak buat lagi. Lebih kurang 300,000 viewer tu buat benda haram la. Okay, paham.

Sejujurnya aku malas nak taip banyak2. So hasil penggooglean,  ini yang aku dapat :



Al-Hijab mengisahkan Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya.

Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Pelakon filem Al-Hijab: Pierre Andre,Fathia,Maimon Mutalib,Nor Albaniah,Aziz M.Osman,Khir Mohd Noor.




Hehe, panjang kan sinopsis dia, takpe kalau taknak baca. yay.







Okayh, filem Al-Hijab ni memang filem seram yang lain dari yang lain, . Dah la aku tengok streaming ngan adik aku. Mula2 die cam takut2 berani je. Aku cam biasa la, berani la. Kalau x berani takkan nak tengok. Sambil tengok tu, bantal tak lepas dari muka dia coz takut kalau antu keluar. Haha! 

Satu lagi , bila kita jangka hantu nak keluar, takde. And tiba2, tengah babak biasa, ada hantu pulak . So keadaan tegang sepanjang masa menyelebungi. Benci dengan perasaan tu. Gimik yang tak diduga acap kali berlaku. Hargghh!!

Wajib tonton.

Thursday, December 8, 2011

Menghitung hari...





Okayh,
Assalamualaikum suma,,

Inhale exhale , inhale exhale,  dah Disember 2011. Hampir setahun aku lalui 2011. 1 Muharram 1433 hijrah dah aku lalui. 1 Januari 2012 masihi je yang belum.

Nak kata tak sabar , tak jugak.  Nak kata taknak pun tak ugak. Azam tahun baru tahun lepas pun belum nampak bayangnya. Terpaksa la anjakkan untuk azam tahun 2012. :D . Bila disebutkan tahun 2012, aku terbayang filem 2012. Bukan filem tahun depan, filem yang bertajuk tahun depan , 2012. The end of the world.

Tapi betul ke? Whatever~

Apa yang aku dah buat tahun ni? Yeah, menjalankan rutin harian. Takde sesuatu yang hebat dan bersejarah pun yang aku lakukan tahun ni. Macam berlayar mengelilingi dunia atau menjadi pemain bola termahal dunia. Belum sampai masa untuk aku berbuat demikian. Ya, aku hanya insan biasa.

Mengelilingi Dunia ! 

Apa peningkatan aku tahun ni? Selera makan? Ketinggian? Haha! Yang penting aku dah tingkatkan prestasi , kurangkan kontroversi. Aku juga dah tingkatkan IQ aku. Ya, I'm still learning from seorang insan bergelar guru.

Aku di kiri atau di kanan ??


Perubahan persekitaran untuk tahun ni , aku rasa tiada. Coz aku masih tinggal di rumah yang sama , bukan hobi aku nak pindah2 umah ni. So aku masih kelilingi orang2 kampung yang prihatin dan muhibbah antara satu sama lain. ( Ayat exam ). :D

Tenang dik , tenang ..


So, aku harap 2012 akan lebih bermakna dan pastinya lebih mencabar buat aku. Aku tak mahu tapi aku hanya mampu merancang , Allah yang menentukan. AstaghfirullahalAzim...


Wednesday, December 7, 2011

Kartini.

Hy,

Sedang aku syok melayan Fb petang tadi, kol 2 lebey kot, tiba2 kipas sebelah aku tidak berfungsi.
Satu lagi perkara yang aku tak suka berlaku,.

Not my fan.

Arghh,, aku benci keadaan ni! Takde karen! Tak suka betol la., 'Ku sangkakan panas hingga ke petang , rupanya takde elektrik di tengahari' . Takde kena mengena pon? Haha! Nasib baik siang. Kalau malam terpaksa aku bertemankan lilin!

Biarku menjadi liliiiiiiinnn ~~~


Sebab kepanasan, aku cuba berFB di ruang tamu. Bateri laptop nye pun tinggal berapa je . 4 hours 32 min remaining. Bedal la..

Selepas seketika, aku bosan sesangat. rasa nak baling je laptop tu. Heeyyy,. Tergerak pulak hati aku nak pergi umah sebelah ( kerap dipanggil ' rumah sana').

'Rumah sana' didiami nenek aku ( Mak kpd Mak aku) dan anak2nya ( makcik aku). Aku selalu sangat pergi rumah sana. Aku pun tak tau macammana boleh terbit frasa kata 'rumah sana' tu. Macam la jauh sangat. Rumah sana patut diberikan kalau camni.:

Nun jauh di sana...

Masuk je aku ke pintu rumah sana, aku lihat makcik aku yang sorang ni sebok mem belek2 majalah lama dalam gerobok (almari) lama . Kebosanan yang melampau agaknya.

Then aku nampak sebuah majalah komik lama yang menarik perhatian aku. Terpampang jelas tulisan "Kartini" . Camni kulit depan die:


Dan aku rasa aku pon tak buat ape2 dan dorongan kebosanan, aku baca la. 

Sekali aku baca, tak ley berhenti lah. Rasa nak tawu je apa yang terjadi seterusnya. .Memang bezz plot ceritanya. Aku rasa aku berada dalam situasi percintaan monyet tersebut . I'm flowing with the story. Yeah,,


 

 Erm , ni masa cerita ni mula2 je.. masa ni tak banyak adegan psycho si Ayon ( watak utama ). Toksah cerita lebih2 la rasanya. Tapi korang boleh tengok sendiri gembar kat atas ni, kalo korang perhati betul2 macam2 diceritakan dalam satu gambar ni. Lihat lah murid-murid berbaris tu macam2 gelagat, Ada yang main chess la, makan nasi lemak, yang berlari pecut nak ke tandas pun ada . :D . Babak atas ni time Ayon kena denda kat perhimpunan pasal ngurat Kartini kat kantin...



Yang ni Ayon sampai termimpi2 Kartini

"Walaupun Kau Rentas Seribu Padang,
 Walau Kau Tempuh Seribu Rimba,
 Walau Kau Harung Seribu Paya,
 Jika Niat Kau Untuk Lari Daripada Aku,
 Kau Akan Tetap Berjumpa Aku , Yon.
 Tetap Berjumpa Juga,
 Heh, Heh, Heh."

Best babak ni. Like2. 

Yang ni Babak akhir:



Mendalam woo kata2 akhir die tu. Sedih... Sob2.

Fin!

Monday, December 5, 2011

Kotak Hati - Hujan

Hy,

Current Favorite Song. !
Dibuai perasaan~ :D















Kotak Hati by Hujan


tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu disetiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku tahu apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
kubiarkan kau terbang 
terang terang 
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

berbaring kita renung ke bulan 
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua 
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

terang terang
bersama rasa sayang 
ku biarkan kau terbang 
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimipi 
yang tak kembali 
aku janji
janji takkan pergi 

tak usah kau terangkan ku tahu 
potret wajahmu disetiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi.



Walaupun hati kita tidak berbentuk kotak , kumpulan Hujan tetap berdegil untuk menamakan lagu ni Kotak Hati . Ha? Taklah. Gurau je.! Yang penting lagu ni best ape! :D


Sunday, December 4, 2011

Aku , Dia dan Taman tema Air

Okayp,
Mungkin tajuk entry ni agak pelik. 

Actually semalam aku melancong .. Destinasi - Asam Pedas parit Jawa , Melaka Wonderland, Jusco Ayer Keroh & RnR Pagoh.

TITIAN PERJALANAN !

Aku and family aku bergerak dari rumahku syurgaku kalau tak silap aku pukul 8:30. Ni la susah takde diari. Semalam punya cerita pun da lupa ker?? ISh2,, 


Asam pedas Parit Jawa.

Dari selatan aku bergerak ke utara. Singgah kejap dekat AsamPedasParitJawa. Lokasinya dekat parit Jawa. Memang dalam agenda pun nak singgah situ. Aku makan ikan merah masak asam pedas hasil krew2 Pak Yahya Asam Pedas. Asam pedas dia memang kaw2 lah. Sehingga menjilat ibu jari kaki kucing oii...


Pak Yahya Asam Pedas !

7 orang , 3 ikan. Wahh,, banyak kan?? Alhamdullilah ,, telah selamat berlayar dalam perut aku dan ahli famili kau yang lain. Sorry yerr.. tiada gambar ikan yang aku makan . Kalau nak jugak ambik la ikan merah hidup ni..

Just waiting to be cooked.
Selesai makan, titian perjalanan ke Melaka diteruskan . Kitorang siap makan pukul 11 suku kot. So aku expected sebelum pukul 1 da ley sampai sempadan negeri Melaka.

No caption for this picture.

Terternyata tekaan dan jangkaan aku memang tepat dan benar. 
Aku yang di dalam kereta lantas menyusur ke satu simpang tiga setelah banyak simpang tidak dihiraukan. Berhenti kejap memandangkan merah membara ditunjukkan traffic light. Then , belok kanan.


Melaka Wonderland.

Dengan menaiki kereta proton Saga, aku sampai ke sebuah kawasan yang agak, luas terbentang. Tempat parking kereta dulu yang aku sampai . Hoho! Bawak barang 2 sket dan menuju ke pintu gerbang Wonderland Melaka .

Melaka Wonderland !

Okay, masa untuk beli tiket. Macam biasa, aku tak mengeluarkan duit aku walau seposen pon coz my beloved mother will berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tiket untuk aku. Haha! Harga tiket dia agak berbaloi jugak la dengan apa yang kita dapat. Cewwahh,, aku tak keluar duitt pun,. 


Alamak , aku lebih dari 3 kaki lah ! :D

So , tiket aku harganya RM25.00. My mother said my ticket is for 11 years old. Memang susuk tubuhku yang kecil ini membuatkan banyak pekerja kaunter tiket tertipu. After my mother finished her lines , I said " Hah?!!" Hampir semua orang sekeliling aku tengok aku + dengan pandangan serupa memandang aku like " Gila ke budak ni ? " atau " Is that a monkey ? ". Dan sudah terang2 jawapannya "Tidak" okehhh,,,  

Aku pun bergerak ke satu bahagian dengan muka yang 'malu tapi mahu' untuk pasangkan bangle pada tangan. Tiket dia berupa bangle tangan. Aku masuk dan berjalan bersama famili aku ke satu tempat lagi. "Changing Block" terpampang jelas. Setelah siap bertukar, aku masuk la ke dalam kawasan. Ya , taman tema air larhh!!

Dengan muka yang berseri-seri aku melangkah walaupun pada awalnya insiden tidak diingini berlaku, So , masa untuk enjoyy!!

( Skip 5 hours )

Bersiap untuk berangkat. Progress mandi dan tukar baju takyah cerita. Keluar dari situ, hati aku puas. Tempat Annual event yang paling beshh!


Jusco Ayer Keroh 

Tak jauh dari situ ada Jusco. Aku pun jalan2 kat situ. Makan McDonalds yang seronok. Aku makan Spicy Chicken McDeluxe hasil pembelanjaan my auntie. Nikmat woo,! Thanks Makdik. 


RnR Pagoh

Untuk pulang ke Parit Raja ,Batu Pahat, lalu la Lebuhraya utara selatan. Agenda untuk aku, tidur . :D .
Bangun2 aku dikejutkan , Alhamdulillah aku masih hidup. Aku kat mana? Aku kat dalam jasad aku lah. Oh, RnR Pagoh. Kat situ aku tak buat pape, minum teh tarik segelas. uppss,, perbuatan la jugak tu kan,? Balik la.


Summary:

Hargailah keluarga anda selagi mereka masih menganggap anda keluarga. Peace Yawr! :P