Sunday, July 14, 2013

Indah khabar dari rupa

Selepas berhempas pulas aku baca cerpen Tempang antologi novel Tingkatan 1 di depan kawan kawan aku ketika kelas tambahan yang pada awalnya dijadualkan sampai pukul 9 pagi tadi , aku bertandang ke rumah sahabat sekolah rendah aku dulu , sahabat yang boleh dianggap musuh ketat tetapi bersaing secara sihat . Bersaing secara manja dan terbimbing . Muhammad Zulqarnain bin Sujud . Well-known kerana kegeligaan nya dalam bermain catur , kepetahan , kepimpinan dan etc yang membuatkan sifat bersaing aku tercabar . Well , he got almost everything . 

Ramai kata kami kawan baik dulu ketika sekolah rendah . Hakikatnya , aku sendiri pun tak dapat beri kata putus . Dia inspirational . Tapi tak boleh lawan sifat ke'inspirational'an teacher Rosmawati , cikgu Math aku darjah 4 dan 5 . Mereka berdua datang seiring , 'mencabar' aku secara drastik . Aku tak tahu lah apa nak jadi dengan diri aku kalau Allah tak utuskan mereka untuk berada dalam kisah hidup aku . Tentu aku dah leka dan lalai . Ya Allah , betapa indahnya perancanganMu .

Back to the main point , at first , Zul berhasrat nak tengok buku karangan BM aku selepas selesai solat Jumaat , 12/7 . Realitinya , hati aku nak je menolak permintaan dia , ye lah , karangan aku pun bukan bagus mana . Plus , bahan belajar dan rujukan yang aku peroleh dari 'yang dikasihi' Cikgu Junaidah pun tak lah setanding bahan belajar Zul di sekolah nya , SMAKJ , Kluang . 


tweet aku tepat pukul 10:17 pm waktu tempatan :p


As we can see in my tweet , the word 'cemburu' is there ! Ya , keadaan yang dirancang pada mulanya , berubah sama sekali moment after aku tengok bahan belajar yang dia gunakan . Aku yang pada mulanya , ingin dijadikan tempat bergantung harap oleh Zul untuk dapat sumber yang lebih 'Bombastic' dari apa yang dia miliki , tak kesampaian . Aku yang akhirnya cemburu + terpegun melihat buku rujukan dan bahan belajar Zul . So much so , aku lah yang menebalkan muka menyalin apa saja yang tercoret dalam buku Zul . 

To make things clearer , aku bagi contoh paling mudah ; penanda wacana . Kalau di sini , di sekolah kesayangan aku , untuk memulakan karangan , aku didedahkan dengan frasa seperti 'dewasa ini' , 'sejak belakangan ini' , 'kebelakangan ini' 'marcapada' dan yang paling panjang pun 'dalam meniti arus pemodenan ini'. Tetapi di sana , di SMAKJ dan maybe sekolah 'advanced' yang lain , frasa yang paling pendek pun ; 'dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini' and so on sehingga lah yang paling menarik perhatian aku ; 'dasawarsa ini di mana sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia , kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak telah dicetuskan oleh' . Can you imagine satu frasa yang terdiri daripada 35 patah kata adalah penanda wacana ?

Itu baru satu pecahan kecil dalam BM , belum peribahasa , tatabahasa , etc . Tak lupa jugak subjek yang lain , English , Math and so on . Mengejutkan jugak bila tahu yang dia belajar 21 subjek dalam jurang waktu yang sama dengan aku . Mestilah kena geliga , kalau tak , memang terkapai kapai lah di pintu pagar sekolah , merintih ingin pulang dengan alasan , homesick . How they survive agaknya ek . Ilmu sahaja yang berada dalam minda dan hati mereka, including Zul of course .

Sedangkan ilmu aku ? Indah khabar dari rupa .












Friday, June 28, 2013

Hiperbola

'Hari bertemu pelanggan' sepatutnya ditukar kepada 'Hari mendedahkan sikap pelajar di sekolah kepada ibu bapa' . Ah , bengang sungguh aku tadi di malukan sebegitu rupa . Tentu Mama pun rasa yang sama . Aku takde niat pun nak kena servis dalam keadaan macam tu . Macamana lah kalau Abah ada sekali tadi . Tentu telinga aku ni dah dimamah bebelen mereka berdua .

Firstly , how in earth that Cikgu Norzilah boleh ada sekali tadi dengan Cikgu Junaidah masa Mama datang , dah tentu lah double-mouth complaining menambahburukkan lagi keadaan tadi . Tak adil . Rasional nya mungkin untuk menjimatkan masa , dan mungkin berkesan ; kelas lain penuh , kelas aku kosong takde orang . Tapi kalau nak jalankan sistem sebegitu , kena lah dari mula , dari mula bukak pagar sekolah . Dan sepatutnya setiap kelas , ada dua guru yang menyambut ibu bapa . 

Then , as predicted , mereka suruh aku besarkan tulisan . Halus sangat katanya . Sampaikan pakai cermin mata pun tak nampak . Terlalu kecil . Nak jugak aku menafikan apa yang mereka cakap , sebab takkan lah tak nampak ? Mungkin faktor usia mempengaruhi jugak , tapi kalau sampai ke tahap tak nampak tu , rasa macam tak munasabah .

kecik sangat ke ?

Even worst , and as predicted aswell , mereka complain tentang 'kepetahan aku dalam berkata kata di dalam kelas' . Ah , aku mengaku aku memang kuat bersembang . Aku bersembang pun bukan perkara nonsense . Aku tahu apa yang aku cakap kan , apa yang aku bualkan . Ish cikgu cikgu ni .

Jadi itu saja lah masalah aku yang diperbesar besar kan pagi tadi . Benda yang lepas , biar lepas . Ni yang nak suruh Abah sign slip keputusan aku ni ha lagi satu masalah . Aku dah penat lah tiru je sign Abah . Takkan nak buat dosa je kan .

Thursday, June 20, 2013

How to be a novelist ?

Memandangkan dah dua orang request aku suruh buat novel , terdetik lah jugak hati aku nak ambil tahu bidang kreatif ni . Not a bad idea actually , isn't it ? Menulis panjang lebar , di baca orang kebanyakan , di hayati , di gemari , di kenali , wow jauhnya aku berangan .

Maka aku gunakan lah enjin carian yang aku bergantung harap , si Google sorang tu , aku cari lah , apa yang kena mengena dengan bidang pernovelan , ideologi , pemikiran , cara kerja , kehidupan , kerja keras seorang novelis professional .

Mula mula kena ada nama yang menarik sebagai nama komersial . Kalau rasa nama sendiri tu tak cukup menarik perhatian , boleh reka sendiri , for me , if I was working in this novelling career , i will remain my name . Hoho berangan . Tapi seriously nama sendiri dah cukup unik .

Then , kena buat draf , watak baik dan jahat , watak antagonis dan protagonis , dan macam macam lagi lah yang sejujurnya membuatkan aku pening . Belum tatabahasa , susunan ayat dan some other things yang buat aku bertambah pening .

Tapi kalau seseorang betul betul kerja keras nak martabatkan dunia pernovelan ni , dia wujudkan satu yang lain daripada yang lain , confirm dia dapat highlight among the others. Memang kalau dah dikenali dan karya novel tu sendiri menarik , memang untung lumayan lah .

Macam ada seorang novelis yang popular tahun 90 an , Ahadiat Akashah , yang di agung agung kan makcik aku seorang tuh , novel beliau best best belaka , katanya . Dah lah dikenali , novel nya popular , siap di adaptasi kan novel nya jadi sebuah filem , Lagenda Budak Setan . How I wish i could be like him .

Lastly , kalau dah rasa ready nak berkecimpung secara rasmi , boleh hantar manuskrip novel ke penerbit buku like Buku Prima , Alaf 21 and some others .

So the question is , adakah aku yang malas ni nak buat novel ? Err that's hard .



Inspirasi

Aku sering menjadikan seseorang itu sebagai inspirasi atau idola . Tapi aku tak sedar , yang idola aku tu pun seorang manusia , insan biasa , tak lari dari kesilapan . Sedangkan idola aku itu sendiri pun tidak tahu yang dirinya dijadikan sebagai inspirasi .

Tapi alangkah bahaya nya jika aku , yang serba serbi kekurangan ni dijadikan sebagai idola atau inspirasi hidup seseorang . Kemungkinan tu agak rendah sebenarnya , tapi mana lah tahu . Memandangkan dah ada dah yang cuba menggunakan teori Bahasa Melayu Tinggi yang aku baru luahkan dalam post sebelum ni .

Macamana kalau satu hari nanti , ketika aku dah jadi ketua satu organisasi kecil misalnya , aku buat silap , tentu nya kesilapan aku itu menjadi satu ikutan . Bertambah tambah lah dosa aku . Gusarnya hati bila dikenali dan dipercayai .Oh dunia ~

Titisan suci

Kalau dulu ketika aku kecil , aku terapkan dalam hati aku bahawa orang yang menangis adalah insan yang lemah...

Bila aku meningkat dewasa , aku baru sedar yang aku makin banyak menangis . Sekolah rendah , aku jarang menangis , ada pun ketika di umumkan result UPSR . Aku menangis . Menangis dalam kegembiraan selepas titik peluh aku belajar terbayar juga , menangis dalam kesedihan tidak dapat berkongsi result yang sama dengan rakan rakan lain yang kurang bernasib baik , menangis mengenang dan memikirkan wajah parents aku ketika mereka tahu keputusan aku . Ah

Bila aku jejak sekolah menengah , aku jarang sangat menangis , menangis di atas sejadah lagi lah jarang , kurang pendedahan , kesedaran aku berkurang , ego aku meninggi , aku kononnya jadi lebih kuat , gah , tapi lemah hakikatnya . Tahun lepas , 2012 , aku dah mula menangis , menangis mengenangkan hidup aku yang tak terurus ni , dengan amanah dari Abah yang begitu besar , aku rasa aku lemah sangat , aku menyimpang jauh dari landasan yang aku harapkan . 

Tahun ni , 2013 , aku baru sedar yang aku banyak kali menangis , tapi menangis di luar sedar , bukan kerana kesakitan fizikal , tapi kesakitan emosi , jiwa aku yang lemah ni , di tekan dengan masalah yang aku tak mampu nak tahan lagi . Menangis kerana cinta duniawi , cinta ukhrawi , dan cinta sia sia . Aku gembira aku  menangis , lega hati lepas menangis . 

Terdetik di hati aku nak taip post ni pun sebab baru je sebentar tadi aku baca satu artikel tentang para sahabat Rasulullah yang mudah menangis , menangis kerana takutkan Allah , menangis ketika membaca Al-Quran , menangis kerana kekayaan , menangis mengenangkan nasib selepas mati . Bayangkan sahabat seperti Umar bin Al-Khatab yang gagah perkasa dengan sifat kesatriaan nya menangis sejadi jadinya selepas membaca Surah Yusuf ayat 86 . 

Dan kerana itulah aku tidak malu mengaku yang aku selalu menangis , dan menangis .

Kalau dulu ketika aku kecil , aku terapkan dalam hati aku bahawa orang yang menangis adalah insan yang lemah... namun sekarang aku sedar , orang yang menangis adalah orang yang kuat , menangislah .






Martabatkan Bahasa

Mungkin agak janggal untuk aku menulis post di blog nih dengan Bahasa Melayu Tinggi dengan tatabahasa yang cemerlang . Tapi insiatif aku ni , dapat lah menambah baik kemahiran berbahasa melayu aku yang tak berapa nak baik ni , seperti yang selalu diperkatakan oleh Abah .

Aku tak lah terlalu obses untuk menulis sampai "tak" jadi "tidak" , "ni" jadi "ini" dan 'sinkop' yang lain yang aku tak ingat ( dan malas nak taip ) . Dan aku tak lah menggunakan bahasa melayu penuh dari muqadimah hingga ke habis post . Aku praktikkan Manglish , tetapi yang light light je lah . Kalau berat sangat , teruk jadinya nanti . 

Aku pun ingin juga meng-improve bahasa inggeris aku yang masih amateur ni . Bahasa inggeris pun nak kena perkukuhkan , kalau boleh sebenarnya , aku nak belajar bahasa cina , india dan bahasa bangsa bangsa yang lain yang duduk di negara multi-racial ni . Cuma , malas .

Sekurang-kurangnya dengan teori aku ni , aku tak sia siakan masa aku di blog ni , menaip tidak mengikut tatabahasa dan ejaan yang betul . Sounds funny , right ? Tapi ini lah cara yang aku ada untuk aku mengalihkan persepsi aku terhadap internet kepada sesuatu yang lebih berilmiah . Memandangkan ketagihan aku terhadap internet sukar di bendung , aku guna lah ketagihan tu untuk sesuatu yang lebih berfaedah . 

Penyampaian yang mudah di baca juga menjadi inisiatif aku ketika ni , walaupun pembaca blog aku ni , dua tiga kerat je , tapi kalau mudah di baca , blog aku mungkin di label 'loveable interface' . Yang bagi aku sukar nak dapat , serius . 

Dan yang pasti , aku tak akan , tak akan , tak akan , gunakan bahasa yang dirosakkan yang well-known as Bahasa Rempit atau yang sewaktu dengannya , seriously i really want to know the person who came up with this terrible idea , only if killing isn't a sin , i would have do that , muehehehehe , just kidding :p

Jika teori aku ni tak berkesan , aku redha . Yang penting , Hafiz dah berusaha , ya Abah .
 

Natural Disaster

"Jerebu"

Perkataan yang tak lekang dari mulut mulut orang Johor , Melaka dan Selangor dan tak lupa juga Singapura setahu aku . Aku yang berada di Parit Raja , Batu Pahat ni , menanggung kesan kebakaran hutan di Sumatera , Indonesia .Tanpa tanda atau amaran , benda alah ni datang dengan pantas , dan kian teruk .

Aku sebagai pelajar sekolah , terpaksa lah mengharungi hari hari di sekolah , menghirup udara merbahaya yang penuh dengan debu dan sisa pembakaran . Seriously at first , terdetik jugak kat hati aku , takkan lah pihak sekolah duduk diam je tak buat tindakan , ye lah , dah macam dekat Cameron dah Parit Raja ni , takkan lah nak duduk pastu rilek macam takde pape berlaku .

At last , GPK HEM announce cuti . Cuti berganti . Kejam . Tapi aku tetap bersyukur lah , tak payah lah aku nak bangun pagi meredah jerebu yang memualkan perut kecil aku ni di sekolah sambil belajar . Aku taknak korbankan kesihatan aku . Aku tau risiko jerebu , matapelajaran Geografi ada mengungkap hal hal jerebu ni , aku ingat dekat bandar bandar besar je ada jerebu , rupanya kampung aku ni , kampung yang dulunya sebuah hutan , di landa jerebu .

Tapi , pihak sekolah tak lah berdiam diri actually , diorang dah pun tegaskan pemakaian mask hidung dan mulut ( well aku tak tau apa istilah untuk mask tuh ) , cuma bebudak je ngengada taknak pakai , bajet hidung dah bagus je kan , sedut je semua debu debu kotor tuh , degil , and the sad part is , i am one of them . Degil tak bertempat sebenarnya .

Bawah ni gambar halaman rumah aku yang penuh dengan pokok pokok hijau yang dah diselubungi debu kotor . Tak nampak sangat lah kot 'kejerebuan'nya , maklumlah kamera handset , 2.0 megapixel je , murah la kot , pakai keypad , sekarang semua nak touch lah katakan , aku je yang ketinggalan . ( pokai actually )




Ketika di umumkan esok cuti , kerana jerebu yang makin teruk , semua meneriak kegembiraan , "Yes!" disusuli dengan "Woohoo , cuti !" , dan ada juga yang merungut kerana cuti ganti , namun aku terfikir , diorang tak risau ke yang jerebu nih Natural Disaster yang boleh membunuh ? Tak risau ke ? Atau pura pura tidak ambil tahu ? That's the question .


Sunday, June 9, 2013

kureng bijak

Pada tahun 2010 , aku ditawarkan untuk masuk ke Malay College Kuala Kangsar ( MCKK ) , yang pada mulanya pun , aku tak tahu apa yang aku pohon untuk tingkatan 1 . Sebab masa tu aku masih kurang bijak , dan masih mentah , di buai dengan nikmat dunia yang aku dapat daripada keluarga kembangan aku . Walaupun cikgu cikgu semua was really hoping that aku masuk ke sekolah tu , sekolah yang paling bagus kat Malaysia katanya lah,  tapi aku tak percaya semua tu , aku tetap dengan pendirian aku bahawa , belajar kat mana mana pun sama , yang penting usaha kita .

Tak dapat aku tolak yang mckk ni sekolah orang orang bangsawan , tapi itu dulu , sekarang dah di buka untuk orang orang kebanyakan , tapi istilah 'di buka' itu subjektif jugak . Yuran dia , mak ai , riban riban jugak lah , tu belum insentif tambahan , duit duit lain bagai , yang bagi aku membebankan mak bapak aku , yang tidak lah senang pada zahirnya . Tentu lah mak bapak aku banting tulang nak sekolahkan aku . Tapi diorang tak paksa dan tak larang . Dia pasrah dengan keputusan aku.

Masa tu jugak , tengah hot jugak lah kes kes buli pelajar di asrama , yang agak menyeramkan jugak lah , aku masa tuh masih kecik , mestilah takut , di buli memandangkan fizikal aku ni memang berkelayakan dan berciri mangsa buli. Aku jadi trauma pasal kes kes buli ni , dan itu jugak salah satu faktor kenapa aku tak melanjutkan pelajaran ke sekolah tu .

Bila aku belajar Sejarah di sekolah , banyak tokoh tokoh yang agak penting , mestilah penting an , dah masuk buku teks , kebanyakannya bekas pelajar mckk . Dan kekadang aku wondering if i study at that school right now , my life will totally different , no disaster , no problem with transportation , house , messy room , mom's lecture , annoying rewang at kenduri kahwin , and so on . Hidup aku pasti di penuhi dengan jadual waktu belajar dan yang pastinya , menambah lah ilmu aku yang tak seberapa ni .

Tak lama kemudian , bapak aku mula menyatakan konflik yang dia hadapi , kawan kawan dia cakap dia kureng bijak sebab tak bagi aku ke situ , sebab apa , sebab masa depan terjamin katanya , dah tak payah nak menyawit mengecat bagai dah bila anak dah keluar sekolah tu , duduk goyang kaki kat rumah je katanya , cukup bulan , anak antar duit . siapa anak tuh ? aku lah . hiperbola level: 100

Jadi rentetan kepada konflik tadi , bapak aku suruh aku janji sesuatu , janji yang besar , boleh dikatakan amanah , aku kena perjuangkan pelajaran aku ke tahap yang tertinggi , aku kena berusaha masuk balik sekolah tu , yang tinggal beberapa bulan je lagi , walaupun aku masih di sini menaip dengan penuh leka , padahal PMR bulan 10 . jadi aku kena buat proses pembersihan , pembersihan diri , pembersihan minda , hati dan environment aku . mampukah aku buat comeback ? mampukah aku mendapat minimum 8a ? wow , that's a though challenge , because , aku masih tercari cari rentak untuk skor , tak konsisten dan boleh dianggap teruk keputusan aku.

Sebenarnya perjalanan hidup 3 tahun , nak di compress jadi satu entry mestilah panjang berjela , walaupun banyak lagi faktor dan masalah aku yang belum aku taip , but just wait , i will come with some more , something more insprational untuk reader yang cuma sorang dua orang je , haha

Saturday, March 16, 2013

Nasyid



Aku baru je selesai bertanding nasyid kat sekolah aku pagi tadi . Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan. 

Sebenarnya , pengalaman seminggu bersama kawan baru aku dalam nasyid ni membuka mata aku , tentang karenah , pembawaan diri , sifat dalaman , sudut pandang seseorang bersesuaiain lah dengan sifat aku yang over-observant nih . Memandangkan aku baru je berjinak-jinak dalam nasyid di sekolah menengah , aku kena cari basic , platform yang sesuai , hala tuju yang terbaik supaya aku tak 'sesat'.

Fais Sabari , classmate , first person to inspire me to 'seriously' join Shoutul Abrar , actually aku dah terpilih untuk masuk group nih sejak tahun lepas , tapi entah mengapa aku terkurang cerdik , aku abaikan je tanggungjawab tuh , kalau ade perjumpaan , aku tak pergi pun . Dan aku masih tak boleh terima keputusan aku tu sampai sekarang . Tapi tahun ni , Fais ni lah yang bimbing aku*cehh ayat*, dia yang push aku untuk masuk . Dan aku tak marah dia , sebab aku pun suka . Tapi dia ni bajet senior ah , nyampah aku . hahaha

Jazle , senior , form 5, memang cukup popular dekat sekolah kerana kepetahan kata-kata dalam menyampaikan ilmu , agama especially . Kewibawaan , ketegasan , dan gurauan semua diseimbangkan , aku betul-betul kagum dengan dia nih . Rasional kalau nak dibuat idola , haha .

Luqman Hakim , form 2, kawan baru yang paling ngam dengan aku , sporting , memahami , smart *haha* . Slack nye cume dia ni manja sikit ahh , macam perempuan . Tapi kire okay ah , ape aku nak buat pun dia dah tau dah , padahal baru kenal seminggu .

Farizal aka Squidward , form 2 , dia nih sengau . hahaha . Dia nih aku buat gurau jee  . Dia over-confident , kekadang menyampah jugak . haha

Aizat aka Cibeng , form 2 , boleh bawak berbual lahh , luas pengetahuan am , tapi senyuman dia sangat lah menakutkan hahaha , macam nak buat ape je , taktaulahh juri takut tak masa buat persembahan sebab nasyid tanpa senyum umpama rumah tanpa bilik *cehh* .

Nazhan , form 2 , muka matang and mysterious. first time aku nampak dia , aku ingat form 3 ke 4 ke . dengan parut bagai . hahah . Muka creepy , dan kemisterian nya jelas sangat apabila pagi tadi baru aku tau nama dia walaupun seminggu dah nasyid sesama . Baru ku tauu budaknye baik , memang baik ahh . Dan hari ni aku memang berdua je lah dengan dia buat kerja semua . "Don't judge a book by its cover" :)

Zul aka Suara katak , form 3 , kpopper , arrogant . Suara dia besaq gile woihh , dan dia pun bawak suara base dalam nasyid . memang sesuai lah . Kepala dia besar , hahaha xD

Zarul , form 2 , stubborn . Dia kalau cakap memang dia je lah yang nak menang . Tak boleh tengok orang buat salah sikit , dia tegur . kalau tegur elok elok takpelah jugak , ini macam nak cari gaduh je . Mula-mula aku memang anggap dia ni macam langau yang sibuk-sibuk kat badan time kat kebun atau hutan tu ha , annoying gila . tapi kalau dah  itu personaliti dia , nak buat macamane :/

Sultan Sula *taktau nama* , form 2 , seornag yang pelik . Sebab ape , kejap marah , pastu ketawa , pastu sedih , haha *macam aku kot* . Tapi aku tak berapa rapat sangat , tapi selalu lah jugak bual-bual .

Haziq , form 2 , nice voice . Suara dia memang sedap ah , tapi sayang , dia ni tak ada disiplin , suruh latih , sakit perut lahh, ape lahh , tertonggeng sana , terbaring sini , main alat muzik , ape ayang tak disuruh , itulah yang dia buat , last-last bile abang senior yang mengajar dah fed-up , disisihkan lah ape lagi .

Dan , lastly , Aku . haha terpulanglah kat diorang ape yang diorang anggap tentang aku .

Actually , ade lagi beberapa orang yang aku tak describe , tapi aku tak perhatikan sangat diorang . Yang kat atas ni lahh yang menarik perhatian aku , dan diorang ni lah yang membuka mata aku , tentang sifat manusia , berbeza-beza semuanya .